Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 8 Mei 2013

[KETUA POLIS NEGARA] TIADA PERMOHONAN UNTUK ANJUR PERHIMPUNAN BESOK DAN JIKA ANDA MENYERTAINYA ANDA AKAN DITANGKAP



Pihak Polis tidak akan teragak-agak menangkap peserta perhimpunan yang dirancang pihak Pembangkang besok sekiranya mereka berdegi kerana Pihak Polis hari ini menjelaskan satu perhimpunan yang dirancang pembangkang esok merupakan perhimpunan haram berikutan penganjur tidak membuat sebarang permohonan kepada polis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sehubungan itu, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan.
"Penganjur perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. Ini kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah di sisi undang-undang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Beliau menasihatkan penganjur perhimpunan supaya mematuhi undang-undang selain menggunakan saluran betul dengan meminta kebenaran ketua polis daerah berkenaan

Tiada ulasan: