Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 27 April 2014

MCA BIDAS HUDUD 'ALA PAS DAN MAHU IANYA DI SELARIKAN DENGAN SEBENAR BENARNYA SEBELUM DI LAKSANAKAN

MCA khuatir hukum hudud ‘ala Pas’ yang ingin dilaksanakan di negeri ini bakal menimbulkan pelbagai masalah pada masa depan kerana ia bercanggah dengan sistem perundangan negara sedia ada.
Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya membantah cadangan pelaksanaan hudud bukan kerana tidak memahami undang-undang itu dengan jelas, sebaliknya sangsi dengan keupayaan Pas dalam melaksanakannya.
MCA: Hudud PAS Bakal Timbulkan Masalah
 Malah katanya, masih terdapat banyak isu berkaitan perundangan Syariah di negara ini yang belum dapat diselesaikan ekoran timbul kekeliruan serta pertelingkahan antara orang Islam dengan bukan Islam.

“Contohnya masalah berkaitan rumah tangga apabila suami Islam manakala isteri agama lain, banyak timbul isu dari segi siapa patut jaga anak, pembahagian harta dan banyak lagi.

“Perkara itu pun belum selesai sekarang nak laksanakan hudud, saya rasa Pas akan timbulkan kekeliruan dan perpecahan dalam negara ini kerana mereka tergesa-gesa mahu melaksanakan undang-undang itu pula,” katanya.

Sumber : Utusan

Tiada ulasan: