Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 14 Mei 2013

Perpecahan Melayu makin membimbangkan


Pengerusi Majlis Pendekar Malaysia (MPM), Tan Sri Omardin Mauju menyeru seluruh rakyat khususnya umat Melayu di negara ini kembali bersatu bagi memastikan agenda perjuangan bangsa dan agama dapat diteruskan.


Beliau berkata, penyatuan umat Melayu kini amat penting dan perlu disegerakan ekoran senario politik semasa dalam negara yang semakin membimbangkan.
"Saya sendiri berada di semua negeri sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan saya dapat melihat perubahannya.
"Kebanyakan mereka yang melakukan perubahan itu adalah kumpulan yang tidak tahu ucap terima kasih kepada kerajaan, padahal mereka sebelum ini sudah banyak mendapat bantuan daripada kerajaan.
"Jika perkara ini terus berlaku, mungkin pada pilihan raya akan datang kestabilan dan keharmonian negara akan terjejas," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Dalam pada itu, Omardin menyifatkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin politik yang tidak matang.
"Dia (Anwar) bukannya pemimpin politik yang matang tetapi seorang pemimpin yang gengster.
"Kesalahan besar Anwar sekarang suka ajak orang bergaduh, lihatlah anak-anak muda sekarang berani berarak ke sana sini.
"Dia kata keputusan PRU-13 lalu satu penipuan, sedangkan Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor mereka (pembangkang) dapat. Dia cakap perkara tak betul," katanya.

Tiada ulasan: