Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 26 Mei 2013

Candlelight Vigil oleh macai Pakatan

Nampaknya penyalaan rasmi syirik Candlelight Vigil oleh mereka termasuklah pentaksub tegar Pakatan dari PKR dan PAS yang beragama Islam diadakan juga di himpunan haram depan Amcorp Mall . Mereka namakan nyalaan " Demokrasi Mati "

Sila sambung membaca..

Kepada yang beragama Islam yang hadir & nampaknya terang2 membuat Dosa besar  mesti cakap ini dibenarkan oleh sebab SPR tak adil & tanda protes kerana demokrasi negara ini dah mati Walhal perkara ini dilarang dalam islam atas alasan apapun tidak dibenarkan,dahlah tuduhan merapu masih berlagak pandai !!!!




Kalau demokrasi mati , Guan Eng tak jadi Ketua Menteri la di Penang , begitu juga Khalid di Selangor dan Kelantan. BN bolot semua menang



Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.

2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.

Keterangan/Hujah:

Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia.

Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha.

Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.

Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.

Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:

“Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa’ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda“Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”.(Riwayat Muslim)


Di sini mari kita lihat satu komentar tentang aktiviti syirik candlelight vigil :
From Wikipedia, the free encyclopedia

A candlelight vigil is an outdoor assembly of people carrying candles, held after sunset. Such events are typically held either to protest the suffering of some marginalized group of people, or in memory of lives lost to some disease, disaster, massacre or other tragedy. In the latter case, the event is often called a candlelight memorial.

A large candlelight vigil will usually have invited speakers with a public address system and may be covered by local or national media. Such vigils may also have a religious or spiritual purpose. On Christmas Eve many churches hold a candlelight vigil.

Jadi, aku nak tanya adakah ini ajaran Islam? Tak pernah pula ada candlelight vigil dlm Islam.
Ianya cabang agama Kristian. Haram tetap haram. Dosa tetap dosa. Syirik tetap syirik. Jangan cuba-cuba nak mengubah hukum Allah.  

Tiada ulasan: