Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 30 Mei 2013

BIADAP!!!SEORANG AHLI PARLIMEN DI SELANGOR DAKWA SULTAN PUNCA KELEWATAN PERLANTIKAN EXCO ??

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
MEDIA JANGAN CUBA LIBATKAN PIHAK ISTANA
Sultan bukan punca kelewatan pelantikan Exco Selangor

Memang menjadi lumrah segelintir manusia didunia ini yang tak henti henti nak menyalahkan orang lain dan lebih-lebih lagi pada ahli Parlimen yang di maksudkan Pihak Istana ini kerana nak tutup kelemahan mereka sanggup membuat tuduhan melulu pada Sultan.

Berita ini Admin petik dari surat khabar SH dan yang lebih menampakkan kejahilan sebilangan manusia durjana apabila Admin terbaca komen dari seorang Pencacai Pakatan Pembangkang yang Admin Rasa sangat cetek pemikirannya kerana baru jer Pihak Sultan tuliskan di perenggan pertama berbunyi''Kelewatan pelantikkan Exco Kerajaan Negeri Selangor bukan disebabkan proses untuk memenuhi kehendak Sultan Selangor, ''dan punca kelewatan itu juga dijelaskan oleh pihak Istana tapi yang Admin peliknya mengapa komen seperti ini:

'Abu Fathi ·  Top Commenter · SK Seri Selamat
dah sultan sebut nak exco melayu ramai..tu yg kena runding..tgk dap letak siapa..bila dap letak india, pkr tak boleh letak india..tgk pulak pas letak siapa..kalau pas letak 2 wanita, pkr akan letak 1 lelaki..jadi adakah tiada kaitan dgn sultan bila sultan minta lebihkan exco melayu?

KLANG –  Kelewatan pelantikkan Exco Kerajaan Negeri Selangor bukan disebabkan proses untuk memenuhi kehendak Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhammad Munir Bani.


Menurutnya, selepas upacara pelantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 14 Mei lalu, Sultan Selangor juga menitahkan supaya mengemukakan senarai Exco bagi mendapat pekenan baginda.

Beliau juga berkata, Abdul Khalid telah berjanji akan menyerahkan senarai nama dalam tempoh seminggu setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga parti perikatan kerajaan negeri itu.

“Adalah saya dititah oleh baginda untuk memberikan penjelasan kenapa berlaku kelewatan dalam melantik Exco negeri ini.

“Pada 20 Mei, baginda telah terima surat mengandungi senarai nama-nama calon Exco daripada Menteri Besar semasa Abdul Khalid membuat rawatan di luar negara.

“Abdul Khalid hanya mengadap baginda bagi mendapat pekenan pada 27 Mei selepas beliau kembali ke tanah air,” katanya.

Difahamkan sebelum ini terdapat seorang Ahli Parlimen di Negeri Selangor mendakwa kelewatan pelantikan Exco disebakan untuk memenuhi kehendak Sultan selanor.

Justeru, Mohamad Munir menegaskan supaya semua media tidak melibatkan pihak istana sebelum membuat siasatan terhadap sesuatu perkara.

“Di sini saya ingin mendapat kerjasama dari penulis-penulis laman sesawang dan blog suoaya tidak mengheret pihak istana, terutamanya Sultan selangor dalam apa jua perkara tanpa siasatan terlabih dahulu bagi mengelakkan salah tanggapan rakyat terhadap baginda khasnya dan pihak istana,” katanya lagi

Tiada ulasan: