Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 10 April 2013

Ringgit naik mendadak berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR - Ringgit mengakhiri dagangan pada paras jauh lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini ekoran pengaliran masuk bon dan permintaan yang lebih kukuh, kata peniaga.


Pada akhir dagangan, ringgit diniagakan pada 3.0285/0315 berbanding dolar Amerika itu daripada 3.0355/0385 semalam.
Seorang peniaga berkata sebelum itu mata wang tempatan itu mencecah paras 3.0180, tetapi kenaikan terbatas apabila pelabur-pelabur mengambil untung selepas negara ini menetapkan 5 Mei sebagai tarikh pilihan raya umum ke-13. Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama lain.
Ia naik mendadak berbanding yen kepada 3.0459/0492 daripada 3.0665/0711 semalam dan meningkat berbanding pound Britain kepada 4.6380/6438 daripada 4.6474/6529 sebelumnya.
Ringgit turun berbanding euro kepada 3.9645/9690 daripada 3.9553/9598 semalam tetapi lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 2.4457/4483 daripada 2.4480/4524. - Bernama

Tiada ulasan: