Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 5 April 2013

Manifesto pembangkang mahu bubar 1MDB tidak munasabah


KUALA LUMPUR - Janji pembangkang hendak membubarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), seperti terkandung dalam manifesto pilihan rayanya, jelas tidak munasabah kerana 1MDB telah banyak memberi manfaat kepada rakyat.

Pelaksanaan 10 program tanggungjawab sosial korporat (CSR) 1MDB contohnya berjaya mencapai objektif dalam membantu meningkatkan akses pendidikan, kesihatan, perniagaan dalam kalangan golongan yang memerlukannya serta merealisasikan impian mereka.
Program CSR itu termasuk menaja kakitangan masjid serta ketua kampung menunaikan haji, Dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Klinik Bergerak 1Malaysia, Dana Belia 1Malaysia dan Rumah Arau berjaya membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat sejajar dengan aspirasi gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Setakat ini, kira-kira 1.5 juta rakyat negara ini telah mendapat manfaat daripada pelbagai program CSR di bawah seliaan Yayasan 1MDB dengan peruntukan kerajaan sebanyak RM300 juta.
Muhsin Abdul Razak, 27, penerima Dana Belia 1Malaysia bagi projek seni kreatif ‘Projek Rabak’ menerima dana sebanyak RM60,000 untuk menjayakan projek itu yang bertapak di Ipoh.
Anak muda lulusan kejuruteraan automotif Universiti Teknikal Malaysia Melaka itu berkata, dana berkenaan dapat membantu generasi muda yang cenderung kepada bidang seni lukis, perfileman, fotografi, puisi dan sajak.
“Kami ada laman Facebook yang kini mencecah jumlah 6,000 ‘like’ dan kini kami tubuhkan Khizanat sebagai galeri terbuka mengumpulkan peminat seni bagi berkongsi idea dan pendapat,” katanya yang menganggap projek itu sebagai platform dan tempat berkongsi idea sesama peminat bidang itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Mohd. Zaidi Aziz berkata, menghapuskan Dana Belia 1Malaysia seperti mana tertulis dalam manifesto pembangkang memang tidak wajar kerana inisiatif yang diberikan banyak membantu golongan muda berkemahiran dalam bidang kreatif dan inovatif.
Pelajar jurusan ijazah kejuruteraan perisian, Melvin Tah Kok Wai, 22, pula berkata, beliau berasa bertuah terpilih menyertai program perintis ‘Experince Work’ kerjasama Yayasan 1MDB dan Yayasan Sime Darby yang memberi peluang kepada pelajar kurang berkemampuan untuk bekerja di universiti

Tiada ulasan: