Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 5 April 2013

Pembangkang ‘mimpi’ tawan dua DUN di Melaka


MELAKA - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron menyifatkan pembangkang umpama ‘bermimpi di siang hari’ apabila menyatakan mampu menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Klebang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Beliau berkata, hasrat itu tidak mungkin tercapai bersandarkan pencapaian pentadbiran kerajaan BN memacu pembangunan serta memberi khidmat terbaik kepada rakyat di Melaka khususnya di kedua-dua DUN dalam parlimen Tangga Batu.
“Kita tidak pernah nampak pembangkang sumbang walau dalam bentuk idea pun untuk membangunkan Paya Rumput mahupun Klebang dan tiba-tiba hari ini mereka kata Paya Rumput milik mereka.
“Kalau pembangkang berpijak pada fakta dan angka, saya yakin mereka tidak semudah itu mengeluarkan kenyataan tersebut, dia (pembangkang) mesti lihat bagaimana kita (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin buat kerja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek pembinaan dewan serbaguna Kem Terendak di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pembangkang di negeri itu melalui ceramah bahawa mereka mampu menawan DUN Paya Rumput dan Klebang pada PRU-13. - BERNAMA

Tiada ulasan: