Tian Chua tidak berani menyaman KEADILAN DAILY walaupun editornya bertegas bahawa kenyataan yang telah disiarkan itu, bersumberkan Tian Chua sendiri.
Pada 1 Mac 2013, sejurus selepas negara digemparkan dengan pembunuhan dua orang anggota polis oleh penembak curi lanun-lanun Sulu di Kampung Tandou, Tian Chua telah mengeluarkan kenyataan pendek di TWITTER yang menyatakan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dengan lanun-lanun Sulu di Kampung Tandou hanyalah seperti 'Wag The Dog' dan kemudian mengajak para pembacanya, mengingatkan semula Peristiwa Al-Maunah di Sauk yang masih dianggap sebagai satu sandiwara sekalipun telah terbukti bahawa ketuanya, Amin Mohd Razali dan dua orang pengikutnya dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah.
Dalam peristiwa pada Jun-Julai 2000, Amin Mohd Razali dan 29 orang anggota Al-Maunah telah merompak senjata di dua kem Askar Wataniah di Kuala Rui dan Kem Grik, di Perak.
Tian Chua telah menimbulkan kemarahan yang luar biasa, sehinggakan bekas-bekas pegawai tertinggi PDRM turut menyelar kenyataannya dalam satu demonstrasi di hadapan Tugu Negara. Naib Presiden PKR tersebut, kemudiannya cuba menafikan kenyataannya sendiri dan menganggap ianya fitnah UMNO. Tetapi apabila kenyataannya itu dirujuk kepada KEADILAN DAILY yang merupakan suara rasmi PKR, Tian Chua cuba pula menyalahkan editor dan wartawan KEADILAN DAILY yang menurutnya telah tersalah lapor kenyataan awalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan