Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 20 Mac 2013

Pendidikan percuma mustahil



SHAH ALAM - Janji pakatan pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 untuk memberi pendidikan percuma dan pemansuhan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah sesuatu mustahil untuk dilaksanakan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebanyak RM10.1 bilion lagi perlu ditambah oleh kerajaan daripada RM13.7 bilion yang telah diperuntukkan dalam bajet tahunan sektor pengajian tinggi jika pendidikan percuma mahu dilaksanakan.
Menurutnya, daripada jumlah itu, RM3.71 bilion bagi menampung keperluan yuran dan elaun sara hidup pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), manakala bakinya untuk menampung yuran penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
"Janji pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN ini sebenarnya tidak lebih janji kosong tanpa mengambil kira pelbagai implikasi yang bakal timbul sama ada dari aspek kemampuan kewangan dan keadilan sosial," katanya.

Tiada ulasan: