
Rozan juga menyeru seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan supaya hadir beramai-ramai bagi menyatakan sokongan kepada Tian Chua demi menegakkan kebenaran.
Naib Presiden Keadilan tersebut sebelum ini dengan pantas mendakwa insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah merupakan sandiwara Umno walaupun pada ketika itu ia telah mengorbankan 2 nyawa anggota Komando Vat69.
Tian Chua juga dilaporkan sebagai berkata bahawa semua peristiwa di Lahad Datu hanyalah semata-mata strategi Najib Razak untuk menangguhkan Pilihanraya Umum ke 13.
Sehingga kini, beratus-ratus laporan Polis telah dibuat keatas pemimpin PKR tersebut dan kemarahan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat semakin menebal dengan tindakan biadap beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan