Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 4 Mac 2013

Janakuasa meletup di pasar malam


Bukit Beruntung: “Saya nampak kepulan asap tebal disusuli api menjulang tinggi,” kata peniaga makanan, Sapiah Megat,44, menceritakan kebakaran berlaku di pasar malam Bukit Sentosa di sini, malam kelmarin.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam itu dikatakan berpunca daripada sebuah janakuasa milik peniaga gerai buah di sini yang tiba-tiba meletup lalu terbakar.

Katanya, dia nampak api menjulang tinggi disusuli asap hitam.
“Ketika itu, saya sedang melayan pelanggan di gerai. Melihat kejadian itu, kami tergamam dan terkejut.

“Pelanggan bertempiaran lari kerana bimbang nyawa terancam. Suasana ketika itu menjadi kelam-kabut,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Sapiah berkata, seramai 12 rakan peniaga dibantu pelanggan pasar malam itu nekad mengambil tong air, baldi dan besen untuk mengangkut air dari tandas awam berdekatan bagi memadamkan api yang mulai marak dengan cepat.
Menurutnya, api berjaya dikawal kira-kira 10 minit dengan bantuan peniaga serta pengunjung pasar malam.

Katanya, tidak ada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu.
Seorang remaja, Hanafi Hasnul, 22, berkata, beberapa rakannya yang baru tiba di pasar malam itu turut membantu memadamkan api.

Katanya, suasana kelam-kabut berlaku cukup berbahaya kerana kedudukan setiap gerai di situ amat rapat antara satu sama lain.

“Saya gembira melihat kerjasama erat ditunjukkan peniaga dan pelanggan di sini.

“Pengalaman ini perlu menjadi pengajaran kepada peniaga agar lebih cekap menguruskan keselamatan di gerai masing-masing,” katanya.

Tiada ulasan: