Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 21 Mac 2013

Eksesais Kekar Malindo Pererat Ketenteraan 2 Negara

Isu-isu 'murahan' membabitkan Malaysia dan Indonesia yang ditimbulkan pihak-pihak tertentu tidak sesekali menjejaskan hubungan baik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang telah terjalin sejak sekian lama.

Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar malah berkata, hubungan antara kedua-dua pihak itu semakin akrab dan segala isu yang timbul dapat ditangani bersama.

"Kami sentiasa berhati-hati dan meneliti setiap isu yang ditimbulkan pihak-pihak tertentu dan setakat ini tiada isu-isu yang berpanjangan.

"(Jika) berlaku sahaja isu oleh mana-mana pihak, kami terus berhubung, mengkaji, menilai dan sebagainya dan semua isu itu adalah isu-isu yang mampu ditangani," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Penutup Latihan Bersama Tentera Malaysia-Indonesia, Eksesais Kekar Malindo ke-36 di sini hari ini.

Turut hadir, Panglima Daerah Militari 12 Tanjungpura Kalimantan, Mejar Jeneral TNI Ridwan. Tambah Mohd. Zaki, TDM dan TNI yang sejak sekian lama menjalinkan kerjasama, sepakat mempereratkan lagi hubungan dari semasa ke semasa.

"Apa sahaja yang akan berlaku di Sabah, Sarawak dan Kalimantan bukan sahaja melibatkan kepentingan di Malaysia tetapi di Kalimantan juga jadi kita wajar menanganinya bersama," katanya.

Dalam pada itu, Ridwan berkata, pihaknya tidak sekali-kali terpengaruh dengan pelbagai isu yang ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab.

Justeru beliau berharap semua pihak dapat berfikir secara matang dan menolak segala usaha yang cuba memecah-belahkan kerjasama utuh antara TDM dan TNI selama ini.

"Bagi saya, isu-isu yang ada adalah isu murahan dan kita tidak ada masalah di perbatasan. Kalau kita bersatu, kita teguh, sesiapapun masuk kita bisa atasi tetapi kalau kita bercerai-berai, pasti kita akan rapuh dan lemah," ujarnya.

Foto: Anggota TDM dan TNI bergambar selepas majlis Penutup Latihan Bersama Tentera Malaysia-Indonesia, Eksesais Kekar Malindo ke-36 di Kudat.
Gambar: Eksesais Kekar Malindo Pererat Ketenteraan 2 Negara

Tiada ulasan: