Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 22 Februari 2013

Tindak balas keputusan mahkamah halang MPSepang runtuhkan, tutup kamera AES


Gambar fail menunjukkan kamera AES di Lebuhraya SKVE. - Foto Farizul Hafiz AwangGambar fail menunjukkan kamera AES di Lebuhraya SKVE. - Foto Farizul Hafiz Awang

Shah Alam: Selangor menggantung semua projek jalan raya dan prasarana Kerajaan Persekutuan di negeri itu sebagai tindak balas keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) tiada kuasa mengekuarkan notis mengarahkan syarikat penyelenggara kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), meruntuhkan tiang dan menutup kamera AES di dua lebuh raya dalam Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan kepada media menerusi Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar petang semalam, berkata penggantungan sementara itu diambil sehingga proses rayuan selesai 


Kerajaan negeri arah semak nota kehakiman

Dalam kenyataan empat perenggan itu, beliau berkata, kerajaan negeri kesal dengan keputusan mahkamah bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa terhadap struktur yang dibina di atas jalan Persekutuan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri melihat perkara itu amat serius dan merangka beberapa tindakan, susulan termasuk mengarahkan Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dan jabatan undang-undang MPSepang menyemak nota kehakiman dan memfailkan rayuan.

Sedia senarai 
Kerajaan negeri juga telah mengarahkan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor menyediakan senarai cadangan pembangunan Persekutuan sama ada lebuh raya atau prasarana Transit Aliran Ringan (LRT) untuk disemak semula oleh Majlis Kerajaan Negeri bagi memastikan kepentingan rakyat Selangor dan kerajaan negeri terjamin.

Pada masa sama mana-mana kebenaran pembangunan yang telah diberikan kepada jalan raya dan prasarana Persekutuan hendaklah digantung buat sementara waktu sehingga proses rayuan selesai.

Kenyataan akhbar menerusi e-mel itu dikeluarkan beberapa kali dan mengandungi kesilapan. Kenyataan pertama pada jam 1.20 petang ada mengandungi perenggan menggantung semua projek jalan raya dan prasarana Kerajaan Persekutuan, tetapi menyatakan MPSepang sebagai Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Bagaimanapun kira-kira jam 1.40 petang, Sekretariat Akhbar menghantar pembetulan dengan membuang perenggan terakhir itu tetapi mengekalkan MPS. Kira-kira jam 5.30 petang menerusi e-mel terbaru, sekretariat itu membetulkan nama pihak berkuasa itu kepada MPSepang dan memasukkan semula perenggan mengenai penggantungan projek

Tiada ulasan: