BUNYINYA macam bagus sahaja “akan mempertahankan kalimah Allah sehingga ke akhirnya”.KLICK DISINI
Itulah kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS dan arkitek anti Pakatan Rakyat dalam parti tersebut, Datuk Harun Din kepada media semalam bagi menyanggah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh beberapa hari sebelumnya yang menyifatkan Majlis Syura Ulama PAS hanya kelompok minoriti dalam Pakatan Rakyat.
Sementara ada yang menyifatkan kenyataan itu menunjukkan ketegasan Harun Din dalam mempertahankan kalimah Allah dari digunakan dalam Bible berbahasa Melayu, penulis sendiri melihatnya sebagai cubaan terdesak untuk mempertahankan jawatan yang disandang.
Hakikatnya, semua kelebihan dan keistimewaan yang dinikmati Harun Din sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS sekarang adalah datang dari kuasa politik, bukan turun begitu sahaja dari langit, Harun Din perlu ingat itu. Tanpa politik, Harun Din masih lagi pensyarah biasa di UKM, disamping menjadi perantara alam hantu/syaitan dengan alam nyata.
Karpal Singh di satu pihak lagi, bercakap tentang fakta.
Memang jika nak dibandingkan dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebagai badan tertinggi Pakatan Rakyat, Majlis Syura Ulama PAS hanyalah suara minoriti, terpakai di dalam PAS sahaja.
Perkara ini bukan baru kerana konsep sama turut diguna pakai dalam BN sejak sekian lama. Keputusan di dalam MCA umpamanya, tidak mempengaruhi dasar yang telah ditetapkan oleh BN, hanya Dewan Tertinggi BN sahaja yang boleh berbuat begitu.
Apa yang susah sangat Harun Din nak faham?
Begitu juga dengan Datuk Harun Taib yang bersama-sama Harun Din mengecam Karpal Singh dalam isu sama. Gandingan ini bukan luar biasa pada penulis. Penulis sudah lama sebut, kedua-duanya adalah ulama bangsat yang melindungi Nasharudin Mat Isa sehingga menyebabkan begitu banyak kerosakan di dalam Pakatan Rakyat.
Entah dimana silapnya. PAS masih membiarkan mereka bertiga berlegar di dalam lingkungan parti tersebut, sebagai pemimpin atau tidak, untuk menjahanamkan persepakatan Pakatan Rakyat terutama dalam isu kalimah Allah untuk digunakan di dalam Bible bahasa Melayu ini.
Perkembangan terbaru ini tidak akan menyelesaikan masalah di dalam Pakatan Rakyat, ia boleh diibaratkan seperti menghina Karpal selaku Pengerusi DAP. Dari sudut politik, menghina Karpal, samalah seperti meletakkan tali gantung di leher sendiri kerana, berbanding dengan Karpal, kedua ulama bangsat ini tidak ada secebis jasa pun kepada Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.
Penulis sudah ulang banyak kali, berpolitik hanyalah untuk mendapatkan kuasa semata-mata. Hanya orang bodoh seperti kedua Harun ini saja yang berpolitik untuk mencari peluang masuk ke syurga. Kalau nak masuk syurga, tak payah masuk politik, duduk bertapa di dalam surau dan masjid.
Taklah menyusahkan orang macam sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan