Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 5 Februari 2013

KENYATAAN BODOH NIK AZIZ MENGHINA MELAYU BUKANKAH MELAYU TU JUGA ISLAM UNTUK APA DI POLITIKKAN!!!!! ?




Semestinya kita sebagai anak Melayu wajib merasa bangga kerana di Negara kita bangsa melayu masih terpelihara dari segi agamanya iaitu bangsa melayu sudah tentu beragama Islam,cuba kita lihat orang2 melayu di Indonesia dimana bangsa Melayu tapi agamanya belum tentu islam,kerana kelemahan mereka dlm kelonggaran dan kebebasan melampau memilih pegangan Agama iaitu pluralisme yang sinonim dengan ajaran pemimpin pembangkang Negara kita

Berbalik dengan sejarah melayu kita,Siapa yang tidak kenal hang Tuah ,kenalkan?tak mustahil satu masa nanti anak cucu kita tidak mengenali beliau, kasihan Hang Tuah. Besar kemungkinan kata-katanya tidak lagi akan menjadi kenyataan. Demikianlah apabila kita bergantung kepada kata-kata hikmat untuk nasib kita, akhirnya akan hilang hikmatnya.

Kata-kata hikmatnya amat bermakna buat kita iaitu Takkan Melayu Hilang Di dunia,

Tetapi yang akan menghilangkan Melayu di dunia ialah dakwaan bahawa sesiapa yang bercakap berkenaan dengan bangsa Melayu, mereka akan dituduh “racist”. Oleh itu orang Melayu sudah tidak lagi berani menyebut perkataan Melayu kerana tidak mahu dituduh “racist”.Tetapi di Malaysia juga kehilangan Melayu sedang berlaku. Ada anak muda Melayu yang tidak lagi ingin dikenali sebagai orang Melayu. Mereka orang Malaysia. Ada pula yang hanya akui mereka orang Islam dan tidak perlu dikaitkan diri mereka dengan kaum Melayu

Di Singapura kerana tidak ada lagi sekolah Melayu dan bahasa penghantar di sekolah-sekolah di Republik itu ialah Inggeris dan China; segala urusan rasmi dan tidak rasmi menggunakan Bahasa Ingggeris atau China, maka orang Melayu sudah pun tidak menggunakan Bahasa Melayu. Mereka menggunakan Bahasa Inggeris walaupun semasa bercakap dengan anak pinak, keluarga dan kawan-kawan Melayu,laungan Azan sudah tidak kedengaran melalui pembesar2 suara dan kesemuanya hilang begitu sahajaKeMelayuan mereka sudah tinggal separuh. Kita boleh ramal yang hakisan keMelayuan mereka akan berterusan sehingga akan hilanglah Melayu di Singapura.
Kita lihat pula ke sebelah utara pula kita dapati orang keturunan Melayu yang tidak dapat bertutur kata dalam Bahasa Melayu. Mereka Islam dan bangsa rasmi mereka ialah Thai. Maka hilanglah juga Melayu disitu begitu sahaja..

Tiada ulasan: