Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 5 Februari 2013

DAP MUSUH ISLAM YANG NYATA APABILA JELAS MEMPERKUDAKAN PAS !!!!! ?


Apa yang penting, rakyat dan agama Islam tidak boleh menjadi mangsa dalam hal ini, Karpal terang-terang sudah tidak memihak dan menghormati Islam, mereka kini berlumba untuk memegang takhta pemimpin negara Islam, tidak mustahil pelbagai masalah perkauman akan berlaku jika perkara ini tidak diselesaikan.


Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak menghormati Islam dan Pas sebagai salah sebuah komponen terbesar dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila dilihat cuba berulang kali mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Melayu di negara ini.

Karpal yang menganggap isu kebebasan penggunaan kalimah itu masih belum selesai juga menunjukkan sikap seorang pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri dan parti politik semata-mata. Karpal tidak sepatutnya mempersoalkan lagi isu tersebut kerana keputusan itu dilakukan oleh Ahli Majlis Syura Ulama Pas baru-baru ini.

Dari awal lagi Karpal dah tunjuk belang, dia tidak menerima Islam, bagaimana pemimpin Islam kita boleh bekerjasama dengan pemimpin seperti itu, tidak mustahil masyarakat Melayu Islam di Malaysia akan kucar-kacir selepas ini,

Nik Abdul Aziz Nik Mat juga kelihatan meluat dengan tindakan yang dilakukan Karpal dan meminta supaya rakan seperjuangannya itu untuk tidak mencampuri hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Nik Aziz sepatutnya sudah menyedari hakikat tersebut lebih awal dan bertindak mengikut keadaan supaya hak asasi umat Islam negara ini tidak tercemar.

Nik Aziz sudah nampak perkara ini, tetapi kenapa masih mahu pertahankan Karpal dan berada dalam PR yang sebenarnya berkeinginan untuk menghapuskan umat Islam negara kita.

Dari apa yang berlaku, kita dapat lihat bahawa mereka (PR) sebenarnya tidak boleh bekerjasama antara satu sama lain, mereka mempunyai agenda tersendiri dan yang menjadi mangsa adalah rakyat.

Ramai pemimpin dan penyokong Pas tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan Karpal dan tindakan Nik Aziz seperti berkompromi dengan orang bukan Islam semata-mata untuk menjaga kepentingan politik mereka,

Karpal sengaja memanjangkan isu tersebut kerana matlamatnya adalah untuk menguasai masyarakat bukan Islam dan menjadikan negara ini sebagai negara yang berkebajikan semata-mata.

Mereka tidak sehaluan, itu amat jelas sekali, mereka hanya bermuka-muka dan berlakon yang mereka sentiasa bekerjasama dan sepakat, padahal masing-masing mempunyai muslihat tersendiri.

PENDEKAR MELAYU P/S ;Pada penyokong Pas yang dah meninggalkan perjuangan Pas yang betopengkan Islam tu Alhamdulillah tapi pada yang tamakkan kuasa dan sanggup menjual kepentingan agama demi Putra jaya sanggup mengikut musuh Islam DAP lahnat tu baiklah kalian bertaubat...

Tiada ulasan: