Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 18 Februari 2013

BR1M untuk remaja mungkin naik RM250


Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 3.0 dan 4.0 untuk golongan remaja mungkin dinaikkan daripada RM250 kepada RM500 jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan BN tidak akan berhenti untuk terus menyalurkan bantuan kepada rakyat, termasuk kepada golongan remaja walaupun pemberian BR1M tidak pernah dijanjikan dalam manifesto pilihan raya. 

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bukan sahaja memberi jaminan BR1M yang mula diperkenalkan tahun lalu akan diteruskan, malah dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000, tetapi dengan syarat BN diberi mandat besar untuk terus mentadbir negara. 


“Saya sendiri akan berjumpa dengan Najib dan memohon supaya dia mempertimbangkan menaikkan BR1M untuk remaja daripada RM250 kepada RM500 setiap individu yang layak. 

“Jika Perdana Menteri bersedia menaikkan BR1M daripada RM500 kepada RM1,000 untuk golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah, saya berpendapat tidak menjadi halangan kerajaan BN menaikkan kadar itu kepada remaja yang berpendapatan RM2,000 ke bawah,” katanya ketika ditemui selepas berucap merasmikan Jentera Pilihan Raya Peringkat Parlimen Hulu Terengganu, di sini, malam kelmarin.

Tiada ulasan: