Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 6 Januari 2013

SAKURA CHANG NI ISLAM KER APA SAMA2 MENYOKONG KRISTIAN TERHADAP PENGGUNAAN KALIMAH ''ALLAH'' !!!!!! ??

ALLAH: BUKAN BAHASA BIBLE

Isu berkenaan tuntutan pihak Kristian terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka masih lagi hangat diperkatakan(Rujuk The Sun,Ruangan Herald The Catholic Weekly ) 

Pihak yang menuntut mendakwa bahawa kalimah Allah ialah terjemahandari bahasa Inggeris yang mengunakan kalimah God di dalam bible Versi English mereka.Sekiranya tuntutan ini dipenuhi kita akan melihat di dalam bible Kristianayat-ayat berbunyi seperti berikut:-

“Engkau adalah Messias anak Allah yang hidup “
 ( Matius 16 : 16 )

“..Kerana ia telah berkata :Aku adalah anak Allah.”
( Matius 27 : 43 )
  
“ Kasih kurnia menyertai kamu dan damai sejahtera
dari Allah, bapa kita dan dari Tuhan Yesus ( Jesus )
Kristus. (Galatia 1 : 3 )

Serta banyak lagi ayat-ayat lain yang tidak perlu diperincikan di sini.Jelasnya, dalam menangani isu ini, kita perlu merujuk kembali kepada faktasebenar. Iaitu, apakah bahasa asal penulisan kitab Taurat dan Holy Bible?
Berdasarkan fakta, bahasa asal kitab Taurat adalah bahasa Hebrew manakala bahasa yang digunakan bagi penulisan kitab Holy Bible ialah bahasa Greek.Kalimah tuhan dalam bahasa  Hebrew  ialah  El, Eloh, Elohim dan jugaYahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru,  di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27 : 46 yang menyebut :

Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring:
“Eli,Eli, lama sabakhtani?”Ertinya: Allah-Ku, Allah-Ku,mengapa Engkau meninggalkan Aku ?” Manakala di dalam bahasa  Greek pula perkataan yang membawa maksud tuhan ialah  Theos. Orang-orang Rom yang menyembah Tuhan yang disepakati oleh mereka sebagai Tuhan yang sebenar memanggil Tuhan ini
sebagai  Hotheos. Manakala sekiranya ada di kalangan mereka yang menyembah Tuhan palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai
Tontheos.

Perhatikan! Bagi kedua-dua bahasa yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun yang menyebut kalimah Allah Sesetengah sarjana Kristian menyatakan bahawa alasan yang paling kukuh bagi mereka untuk dibenarkan penggunaan kalimah Allah ialah berdasarkan penggunan  kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Arabic.
Sememangnya diakui kalimah Allah digunapakai di dalam Bible berbahasa Arab. Bible versi bahasa Arab tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi Alkitab Al-Muqaddas. Begitu juga Bible berbahasa Melayu yang menggunakan nama yang sama? Di dalam terjemahan Bible bahasa Melayu mereka menamakannya sebagai Al-kitab berita baik.*

Perlu dinyatakan bahawa kalimah Allah wujud di dalam Bible bahasa Arab adalah kerana sesetengah Kristian Arab (seperti Syria, Mesir dan lain-lain) yang wujud sebelum kedatangan Islam meyakini konsep Unity (Keesaan Allah). Ia berbeza sama sekali dengan konsep  Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini termasuk mereka yang terlibat dengan tuntutan isu kalimah Allah ini.

Maka hujah yang dijadikan sandaran sebagai alasan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak masuk akal kerana golongan Kristian Trinity sendiri mengkafirkan golongan Kristian Unity.

Terdapat juga sarjana mereka yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan sekali-kali timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada penterjemahan dari kalimah  God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan kalimah Tuhan adalah terjemahan dari kalimah Lord.Pandangan mereka ini juga mengelirukan malah bertentangan dengan apa
yang dinyatakan dalam Bible mereka. Persoalannya, apakah perbezaan antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian?
Sekiranya mereka mendakwa bahawa Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa sedangkan Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam syurga maka mereka perlu mengetahui bahawa ayat yang akan dinyatakan di bawah ini membuktikan bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan
yang merujuk hanya kepada Allah sahaja! Perhatikan di dalam The Gospel Of St. Mark 12:29 menyebut :
Jawab Jesus : “Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa”
Saya bertanya kepada orang-orang Kristian, siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah Nabi Isa? Tidak! Lafaz
Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata.Sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan oleh sarjana mereka bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk
kepada Nabi Isa!

Sekiranya mereka berhujah dengan menyatakan bahawa  dalil yang paling jelas menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa sedangkan kalimah Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa, iaitu seperti
dinyatakan di dalam The Gospel Of St.Matius 16:22 yang menyebut : Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur  Dia, katanya :“Tuhan, (Jesus) semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu”.Maka mereka perlu menyelesaikan dahulu  percanggahan  di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu adalah Nabi Isa sahaja ataupun Tuhan juga adalah Allah!

Di samping itu, kita juga tidak lupa untuk menyeru  agar mereka memerhatikan kata-kata Jesus sendiri terhadap keesaan Allah. Perhatikan The Gospel Of St.John 20:17 yang menyebut :
Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku,sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada  BapaKu dan Bapamu, AllahKu dan Allahmu.”Dalam The Gospel Of St. Matthew 22:37 :menyebut :
Jawab Jesus kepadanya: “ Kasihilah Tuhan Allahmu dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan segenap akal budimu.Dalam erti kata lain Nabi Isa bukannya Allah ataupun Tuhan Yang Maha
Berkuasa kerana Nabi Isa sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah! 

Kesimpulannya, larangan terhadap penggunaan kalimah Allah yang diwartakan menerusi keputusan kabinet yang bersidang pada 16 Mei 1986 adalah amat wajar. Empat perkataan dikhususkan hanya buat umat Islam dan sama sekali tidak dibenarkan penggunaannya oleh Non Muslim iaitu Allah,Solat, Kaabah dan Baitullah. Sesetengah negeri pula contohnya selangor, telah menambah lagi beberapa perkataan yang dianggap mengelirukan sekiranya digunakan oleh Non Muslim.  Jelaslah di sini kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimahAllah digunakan oleh  Non Muslim yang bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila terminologi yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.
Sumber,
Caw. Aqidah
PP (Ancaman Agama)

Tuntutan Penganut Kristian dan Sakura chang Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Keterangan/Hujah: 


1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
 
2.  Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
 
3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
 
4.  Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
 
5.  Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
 
6.  Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
 
7.  Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.
 
8.     Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
 
9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
 
10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
 
11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan,ketegasan,dalam,menjaga,maruah,agama.

 

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan
bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam
sahaja.

Pandangan Tokoh Ulama Luar Negara

Pandangan Wakil al-Azhar (Timbalan Syeikh al-Azhar) dan Ketua Lajnah
Dialog Antara Agama al-Azhar, Fadhilat al-Syeikh Abdul Fattah ‘Allam
Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan
kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat. Ini kerana kalimah Allah
tidak boleh disamaertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang
Mewujudkan. Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang
tuhan yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai
Allah. Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud
kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an dan alHadith

Pandangan Penasihat Undang-undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi,
Syeikh Abdul Muhsin al-‘Abikan
Beliau  berpendapat bahawa pendekatan Kerajaan Malaysia ini adalah bertujuan
untuk  mengelakkan daripada penyalahgunaan nama  ‘Allah’ melainkan hanya
kepada Yang Maha Pencipta (tuhan yang sebenar ). Ia kerana terdapat agamaagama lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan
mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama  ‘Allah’ tidak sepatutnya
digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selain-Nya

Tokoh Pergerakan Perlembagaan Islam (Islamic Constitutional Movement)
Kuwait, Syeikh Abdul Hamid al-Ballali

Beliau menyokong penuh keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan
penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai panggilan bagi tuhan
mereka. Beliau beralasan bahawa keputusan tersebut amat signifikan bagi
memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. Umat yang gagal
memelihara istilah-istilah agamanya adalah umat yang leka. Sedangkan Allah
SWT telah mengangkat umat ini sebagai sebaik-baik umat.
Menurutnya lagi umat Islam perlu sedar banyak istilah-istilah yang berasal
daripada Islam pada hari ini telah cuba dieksploitasi,  disalahguna atau
dipesongkan maknanya oleh pihak tertentu. Ianya  seperti istilah  ‘syahid’ yang
juga digunapakai bagi penganut bukan Islam. Istilah  ‘riba’ yang ditukarkan
                                              
Kenyataan ini dibuat oleh beliau ketika penulis menghadiri Kursus Pengendalian Fatwa dan
Pengurusan Dakwah dari Mei-Julai 2009.

Fail’Cawangan’Aqidah’JAKIM.

Keputusan Kerajaan
Keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 juga telah memutuskan
bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang
penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Malah penggunaan
kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif
buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN.
S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala  Jemaah Menteri yang
bermesyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan larangan
tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November
2006.

Kesimpulan
Berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, tiada sebab untuk kerajaan
membenarkan penggunaan kalimah  ‘Allah’ kepada pihak Kristian. Malah
keputusan kerajaan adalah selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan
yang menobatkan Islam sebagai agama  bagi  Persekutuan. Umat beragama di
Malaysia telah sedia maklum bahawa sebarang isu yang berkaitan dengan Islam
sama ada secara langsung atau tidak seharusnya menghormati kedudukan
istimewa agama Islam dan umat Melayu Islam di negara ini.
Rujukan
Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim
Al-Thabari, Jami‘ al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an
_______(1990), Mengapa Kalimah Allah?, Bahagian Hal Ehwal Islam, JPM KL.
A.S Hornby(1985), Oxford Advanced Learner’s Dictionary Of Current English,
Oxford University Press, Great Britain.
Neill,S(1956). Colonialism and Christian Missions. London: Lutterworth Press.
Berita Harian, 4 Februari 1997
Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997
Al-Kitab, The Bible Society Of Malaysia
                                              

Fail,Cawangan,Aqidah,JAKIM
SOS NIZAM-

Tiada ulasan: