Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 4 Disember 2012

Malaysia sumbang RM3 juta lagi untuk rakyat Palestin


Malaysia sumbang RM3 juta lagi untuk rakyat Palestin
Perdana Memteri disambut mesra oleh rakyat Palestin yang menuntut di UKM ketika menghadiri majlis sambutan Hari Perpaduan Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin di PICC hari ini.
PUTRAJAYA - Malaysia hari ini mengumumkan sumbangan tambahan  RM3 juta (AS$1 juta) kepada Agensi Pemulihan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (Unrwa) bagi membantu rakyat Palestin yang terjejas akibat pencerobohan tentera Israel di Gaza baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, baru-baru ini Malaysia telah menyumbang RM1 juta kepada 'Tabung Darurat Gaza' yang ditubuhkan oleh Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF), yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kami berharap dan berdoa ketidakadilan yang berlarutan ini dapat diselesaikan segera," katanya pada Hari Perpaduan Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin di sini hari ini.
Katanya, Malaysia akan terus membantu rakyat Palestin sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan dan sokongan politik.

Tambah beliau, sekumpulan sukarelawan dari yayasan itu kini berada di Gaza untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Malah katanya, selama lebih 30 tahun, Malaysia telah menghulurkan sumbangan kepada Unrwa bagi meringankan beban penduduk Palestin.

Hadir sama, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Timbalan Pesuruhjaya Perhubungan Pembebasan Palestin, Dr Abdullah Abdullah.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib turut menyuarakan harapan untuk melihat Hamas dan Fatah bersatu mengatasi perbezaan politik demi kepentingan rakyat Palestin.

Katanya, ketidakfahaman dan perpecahan akan memudaratkan lagi situasi sekarang serta risiko keselamatan orang Palestin untuk meneruskan kehidupan.

Beliau menambah, Malaysia bagaimanapun yakin prinsip dan amalan kesederhanaan boleh mengelakkan konflik.

"Itulah sebabnya pada tahun 2010, saya menyokong idea Pergerakan Global Sederhana untuk mengurangkan konflik yang dilakukan oleh pelampau tanpa mengira budaya, agama dan ideologi politik mereka.

"Saya yakin pergerakkan terbabit boleh memainkan peranannya lebih positif dalam menganjurkan forum untuk membincangkan isu-isu berkaitan Palestin-Israel," katanya lagi.

Najib berkata, tahun lepas Malaysia menyalurkan bantuan kewangan AS$2 juta (kira-kira RM6 juta) bagi membantu mengimbangi kos operasi Kedutaan Palestin di Kuala

Lumpur selain menyediakan biasiswa kepada pelajar Palestin yang belajar di Malaysia; membantu pembangunan modal insan menerusi program latihan; dan menghantar bantuan kemanusiaan menerusi NGO Malaysia.
RUZY ADILA IDRIS
3 Disember 2012

Tiada ulasan: