Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 21 Oktober 2012

MCA mengecam pakatan pembangkang kerana menyemai budaya politik kebencian yang menggugat perpaduan negara


Kandungan penuh resolusi MCA

1. Hal ehwal parti
1.1 Perhimpunan Agung menyokong sepenuhnya program-program mesra rakyat-rakyat oleh parti untuk manfaat ahli-ahli parti serta rakyat.
1.2 Perhimpunan Agung menyeru ahli akar umbi MCA untuk menggiatkan kempen dan memantapkan perpaduan parti bagi menjamin kemenangan parti dan Barisan Nasional.
1.3 Perhimpunan Agung menegaskan pendirian untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan jika parti gagal mencapai keputusan yang lebih baik dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

2. Politik
2.1 Perhimpunan Agung menyokong sepenuhnya agenda transformasi Perdana Menteri untuk memajukan Malaysia sebagai negara yang lebih terbuka, berdaya saing dan demokratik.
2.2 Perhimpunan Agung mengecam Pakatan Rakyat kerana menyemai budaya politik kebencian yang menggugat perpaduan negara demi kepentingan politik mereka sendiri.
2.3 Perhimpunan Agung mengecam DAP yang mengelirukan masyarakat Cina mengenai hukum hudud Pas dan membuka peluang kepada Pas untuk melaksanakan agendanya di Malaysia.

3. Ekonomi
3.1 Perhimpunan Agung menyokong sepenuhnya pelaksanaan skim gaji minimum RM900 sebulan dan lanjutkan umur persaraan demi meningkatkan daya saing Malaysia secara keseluruhan.
3.2 Perhimpunan Agung menyokong dengan sepenuhnya dasar liberalisasi kerajaan untuk melonjakkan Malaysia ke status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
3.3 Perhimpunan Agung menyokong langkah peralihan subsidi pukal kepada subsidi bersasar dalam Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.

4. Pendidikan
4.1 Perhimpunan Agung mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menaik taraf Kolej Tunku Abdul Rahman kepada status kolej universiti dan mengekalkan geran sepadan supaya pendidikan tinggi berkualiti dengan yuran rendah dapat diteruskan.
4.2 Perhimpunan Agung menggesa supaya kursus-kursus vokasional dalam bahasa ibunda dapat disediakan agar lebih ramai belia Malaysia dapat sertai latihan vokasional.
4.3 Perhimpunan Agung menyokong sepenuhnya penubuhan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan.
4.4 Perhimpunan Agung menggesa supaya kelas peralihan di sekolah menengah dikekalkan serta bertambah baik dan juga mengekalkan kurikulum Bahasa Melayu yang sedia ada di sekolah-sekolah vernakular.
4.5 Perhimpunan Agung menggesa supaya pelaksanaan dasar pendidikan yang berteraskan pelbagai bahasa untuk meningkatkan penguasaan bahasa di kalangan belia Malaysia demi menghadapi cabaran globalisasi.

5. Masyarakat
5.1 Perhimpunan Agung menyokong agenda anti jenayah kerajaan untuk menjadikan Malaysia tempat kediaman yang lebih selamat.
5.2 Perhimpunan menyokong usaha berterusan kerajaan untuk meningkatkan perwakilan wanita dalam peringkat pembuat keputusan di semua sektor.

Tiada ulasan: