Semenjak Pakatan Rakyat Selangor berjaya merampas kerja-kerja pembersihan dan sisa pepejal dari Alam Flora Sdn. Bhd, negeri Selangor tidak ubah seperti tempat pembuangan sampah terbesar di Malaysia. Di mana-mana sahaja, masalah sampah menjadi buah mulut, malah jauh lebih popular berbanding Kelantan yang memang terkenal dengan sampah dan kekotorannya dari segala segi.
Sebelum kejayaan perampasan tersebut, bukan main lagi sedap mulut Khalid Ibrahim dan Exconya, kononnya Alam Flora Sdn. Bhd dan kontraktor-kontraktor yang bekerja melakukan pembersihan gagal dan tidak menjalankan tugas dengan berkesan. Atas alasan itu, maka segala usaha digerakkan untuk merampas kontrak-kontrak tersebut menerusi usaha Ahli-Ahli Majlis PBT di seluruh Selangor.
NST hari Ahad dalam ruang “Truck and Transport Guide‘ mendedahkan bahawa lori sampah yang dibeli adalah dari China dan berjenama Dongfeng.
Isu timbul apabila pemegang francis bagi lori jenama itu di Malaysia menyuarakan tidak puashati bila Kumpulan Darul Ehsan membeli 50 lori jenama itu terus dari seorang pembekal di China dan ini berkemungkinan bertentang dengan perjanjian francis.
Pemegang Francis, Dongfeng Commercial Vehicle Sdn Bhd mendedahkan bahawa model lori yang dibeli adalah model lama yang sudah lapuk (obselete), tidak lagi dalam pasaran dan tidak dibuat lagi.
Lori-lori yang akan diserahkan sebanyak 28 buah kepada majlis Bandaraya Shah Alam dan 18 buah kepada Majlis Perbandaran Petaling jaya masih lagi tidak boleh masuk kerana tidak menepati spesifikasi.
Pihak pemegang francis mengatakan bahawa walaupun mereka sedia lakukan servis kepada lori-lori ini kerana mereka pemegang jenama Dongfeng, tetapi ianya bukan model yang mereka bawa. Dengan demikian,perkhidmatan maintenance tidak dapat dipastikan berjalan lancar.
Mengapakah kerajaan Pakatan Selangor beriya-iya mahu membeli 50 biji lori sampah yang sudah lapuk dan tidak dibuat serta tidak dikeluarkan lagi? Bertambah lagi, kenapa mereka mahu sangat lori yang akan memberi masaalah maintainance?
Adakah orang dalam mengaut komisyen atau ambil balik ‘mark-up‘ dari pembekal yang tidak bertauliah di Malaysia? Itu adalah kesalahan rasuah atau salahguna kuasa.
Nampaknya bukan saja masaalah sampah tidak dapat diselesaikan dengan segera, penyelesaiannya pun akan tergendala dan masaalah baru akan timbul.
Menurut penduduk yang sempat saya temuramah mengenai masaalah sampah ini beliau berkata masaalah ini langsung tidak diambil peduli pihak berkenaan hanya membersihkan kawasan tertentu sahaja tetapi kawasan mereka dibiarkan kotor gambar diatas diambil dikawasan orang yang saya temuramah beliau seorang yang berbangsa cina dan yang beliau kesalkan tempat sampah diatas beberapa langkah sahaja dengan tempat ibadah kaum mereka (pic gereja ada di pic no1 yang sebelah kiri tu yg nmpak bumbung itu) dan beliau berjanji akan mengajak org kawasan berkenaan menolak pakatan rakyat dan mengundi BN agar masaalah ini tidak berulang lagi tahun hadapan.
Seorang lagi penduduk mendakwa kerajaan pakatan rakyat tidak pernah menyelenggara balai raya yang menjadi tanggung jawab parti pakatan rakyat untuk kemudahan penduduk dan akhir sekali seorang penduduk mendakwa pakatan rakyat sanggup melihat anak muda bermain futsal dalam semak daripada menghulur bantuan untuk kemudahan sukan anak2 kampung

Tiada ulasan:
Catat Ulasan