Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 11 September 2012

MALAYSIA KINI DAN WAN AZIZIZAH SERTA SUARAM DIBIAYAI YAHUDI SOROS RUPANYA

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini membuat pendedahan yang amat mengejutkan kita semua iaitu berhubung penerimaan dana asing oleh sebuah syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) yang membiayai Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) tidak harus dipandang remeh sebaliknya harus ditangani segera. 


Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Keadilan Nasional, Lokman Noor Adam berkata, pendedahan tersebut cukup mempunyai kaitan rapat dengan dirinya kerana ianya merupakan salah satu sebab mengapa beliau dipecat daripada Parti Keadilan Nasional pada tahun 2004.
“Pada bulan Februari 2004, saya telah membuat pendedahan berhubung penyelewengan dana yang diterima oleh pemimpin-pemimpin kanan Parti Keadilan. Pada masa itu juga saya telah mendedahkan bagaimana Tian Chua yang merupakan pengarah SUARAM ketika itu telah mengaturkan pertemuan di antara George Soros dengan Presiden Keadilan, Datin Seri wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan wakil Tian Chua, iaitu Elizabeth Wong pada penghujung tahun 2003.
“Saya telah mempertikaikan bagaimana Presiden parti tersebut boleh memohon dana daripada seorang berbangsa Yahudi yang telah memanipulasikan mata wang Malaysia pada tahun 1997 tanpa merujuk Majlis Pimpinan Tertinggi terlebih dahulu,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Tambahnya, sebelum dipecat, beliau telah menghadiri mesyuarat Jawatan Kuasa Pilihan Raya Parti Keadilan Nasional yang mana Azmin Ali merupakan pengarahnya dan dimaklumkan bahawa RM3 juta pertama telah mereka terima dan dana tersebut telah digunakan untuk menempah bahan kempen pilihan raya seperti t-shirt, topi dan bendera di Negara China.
“Saudara Ezam Mohd Noor yang merupakan Ketua Pemuda Keadilan pada ketika itu telah mengesahkan kepada saya bahawa dana itu adalah sebahagian kecil daripada wang yang bakal disalurkan oleh George Soros untuk membantu Parti Keadilan pada Pilihan Raya Umum 2004.
“Melalui maklumat yang diperolehi dari kawan-kawan yang masih bersama PKR, dana yang disumbang George Soros ini masih berterusan sehingga kini,” tambahnya lagi.
Menurutnya, George Soros bukan sekadar membantu SUARAM, tetapi turut membantu Institut Kajian Dasar (IKD) melalui dana yang disalurkan melalui Conrade Adeneur iaitu sebuah yayasan Kristian dari Jerman.
“Tian Chua yang merupakan rakan selokap saya semasa kami ditahan di bawah ISA pernah mengaku kepada saya bahawa SUARAM dibiayai oleh Soros melalui sebuah yayasan dari Belanda dan beliau turut mengesahkan menerima bantuan dana dari George Soros bagi membolehkan beliau dan Steven Gan mengasaskan portal berita MalaysiaKini.
“Sehubungan itu, saya menyokong penuh sebarang usaha untuk mewujudkan undang-undang bagi menghalang penyaluran dana asing bagi membiayai parti politik atau NGO atas tujuan menghuru-harakan negara ini.

“Sekiranya dana asing dibiarkan untuk masuk mencaturkan politik negara, sudah pasti sekiranya berlaku perubahan terhadap kepimpinan negara kepada pakatan pembangkang, maka tentunya negara ini tidak boleh diperintah oleh pembangkang mengikut acuannya sendiri sebaliknya kita akan menjadi ‘lembu dicucuk hidung’ dan kita akan terpaksa akur dengan segala kehendak dan dasar luar Amerika serta Yahudi,” tambahnya lagi.
GEORGE SOROS ADALH RAKAN RAPAT ANWAR...DH LUPA KE???SBG BUKTI AK SERTAKN LINK INI...INI ADALAH WEBSITE RASMI NED(NATIONAL ENDOWMENT FOR DE
MOCRACY)
http://www.ned.org/where-we-work/asia/malaysia

MALAYSIAKINI ADALAH KLIEN KPD MDLF YG DI BIAYA OLEH SOROS DN IA DI SALURKAN KE MEDIA2 SELURUH DUNIA TERMASUK MALAYSIAKINI...XPERCAYA...INI DI LAMAN RASMI MDLF : http://www.mdlf.org/en/main/clients/182/

DAN INI BUKTI MDLF MENERIMA DANA DR SOROS DN DI SALURKAN KPD2 MEDIA2 SELURUH DUNIA YG PRO ZIONST TERMASUK MALAYSIAKINI!!!
http://news.bbc.co.uk/2/hi/technology/4685289.stm

Tiada ulasan: