KUALA LUMPUR – Ternyata kenyataan ini telah menyangkal kenyataan yang di keluarkan Nik Aziz dua hari lepas iaitu dalam berita di sinar harian bertajuk nik Aziz yakin DAP,PKR faham yang admin pm petik 2 hari yang lepas
Dan hari ini PKR sengaja mengejek ejek Pas yang seolah olah ibarat melukut di tepi gantang dan ibarat ada tak lebih tak ada pun tak ada masaalah
Hari ini di dalam satu kenyataan pedas Azmin mewaakili suara PKR jelas dengan pendiriaan lamanya menolak sekeras kerasnya perlaksanaan Hudud
'“Jangan tanya kita mengenai cadangan Pas hendak melaksanakan hukum hudud kerana parti itu sudah dimaklumkan mengenai pendirian kita sebelum ini,” kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, tidak adil kalau Pas mengatakan tidak setuju dengan pendirian PKR mengenai pelaksanaan hukum hudud kerana kedua-dua pihak sudah bertemu untuk menyatakan pendapat, pandangan dan pendirian.
Dalam perjumpaan sebelum ini, katanya, PKR tetap dengan pendirian dan keputusannya bahawa pelaksanaan hukum hudud di Kelantan bukan dasar pakatan pembangkang.
“Atas semangat setia kawan sebagai rakan gabungan dalam PR, Pas akur dengan keputusan yang dicapai bersama antara PKR dan DAP. Jadi, tidak ada sebab mengapa PKR perlu diheret dalam kancah ini.
“Dia (Pas) nak laksanakan juga hudud, itu dia punya pasal. Kalau tanya PKR, kita tetap bersama DAP dengan keputusan yang telah dicapai dalam beberapa kali perbincangan sebelum ini,” katanya.
Sebelum ini kerajaan Pas Kelantan melalui Ahli Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul berkenaan di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini.
Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya sudah menyiapkan draf untuk tujuan itu dan cuma memerlukan sedikit penambahbaikan serta pandangan daripada pakar perundangan.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, beliau hairan macam mana Pas masih membangkitkan isu itu kerana dalam perbincangan yang diadakan sebelum ini berkisar kepada kertas kerja yang dibentangkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sehubungan dengan kenytaan Azmin ini yang mewakili PKR seakan jelas seperti yang di dakwa mereka terang terang membuktikan perjanjian bersama kafir pada 2011
Sehubungan dengan kenytaan Azmin ini yang mewakili PKR seakan jelas seperti yang di dakwa mereka terang terang membuktikan perjanjian bersama kafir pada 2011
(UMNO) tidak pernah tandatangan untuk menafikan hudud akan tetapi PAS telah di ceritakan oleh bekas ahlinya telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam
Perjanjian sulit itu ditandatangani pada 18 Disember 2009 di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Apa yang ditandatangani, di antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam,”dedah video di bawah
Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang dibuli oleh DAP, lihat sahaja mereka terpaksa mengalah di beberapa tempat. Secara jelas Pas sudah dalam keadaan terdesak kerana terlalu mengharapkan sokongan Dap bagi mencapai kemenangan.
Senario tersebut pastinya menyebabkan pemimpin bawahan serta ahli Pas kecewa apabila pemimpin tertinggi Pas melupakan dasar perjuangan mereka yang selama ini bertahun- tahun cuba mempertahankan prinsip negara Islam dan hukum hudud,“Apa yang ditandatangani, di antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam,”dedahnya dalam Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal, 11 November.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan