DR Maza perlu membaca dan memahami penghakiman Mahkamah Rayuah mengenai isu kalimah Allah mengikut konteksnya dan tidak membuat kenyataan serta komen dan paling buruk membuat tuduhan termasuk hari ini di dalam sinar dalam kolumnya kononnya pelik ada orang mengatakan Murtad walhal tak tau apa yang dikatakan dalam mahkamah maka timbul komen tibai sembarangan daripada DR Maza semalam
DR Maza menghentam tampa menyelidik fakta jelas menampakkan yang beliau berhujah mengikut fahaman politik semata mata dengan memutarbelit kenyataan seorang penasihat agama Johor dengan mengatakan perkara yang tidak benar
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini(semalam) memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.
tiada dikatakan beliau bahawasanya melarang bukan Islam menyebut kalimah Allah akan tetapi beliau jelas menyatakan memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad malah tindakan Kerajaan Malaysia ini juga mendapat sokongan dari Ulama dunia yang Pendekar sediakan Ulasannya di
Walhal memang wajar diketogerikan murtad orang yg menyokong pihak gereja menuntut kalimah allah boleh diguna pakai dalam penulisan mereka menggantikan nama tuhan kepada Allah dan perkara ini jelas menyeleweng dan menduakan keesaan Allah s.w.t Akan tetapi DR Maza hanya menuduh kononnya yang dituduh mengatakan haram dan murtad bukan islam menyebut Kalimah Allah walhal perkara ini jelas bukan maksud sebenar yang di maksudkan orang yang dituduh
Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainur Rijal Abu Bakar berkata, kenyataan yang dibuat sewenang-wenangnya boleh menimbulkan kekeliruan atau menghina mahkamah.
Keputusan Mahkamah Rayuan ini pada pandangan PPMM ialah setakat melarang Archibishop menggunakan kalimah Allah dalam The Herald, iaitu penerbitan mingguan Katolik dan tidak lebih daripada itu, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Persatuan itu juga katanya berpandangan adalah salah anggapan jika ada pihak tertentu sama ada tempatan atau antarabangsa, untuk menganggap keputusan mahkamah berkenaan merupakan larangan penuh terhadap mana-mana komuniti bukan Islam di Malaysia daripada menggunakan kalimah Allah.
"Jika dibaca dengan teliti, penghakiman itu menunjukkan semua rakyat Malaysia dibenar menggunakan kalimah Allah dalam konteks al-Quran dan rujukan Islam kepada tuhan,” katanya.
Dalam keputusannya Isnin lepas, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan berbahasa Melayunya untuk merujuk kepada tuhan.
Apabila timbul isu ini kita dah pun tahu apa tuntutan yang pihak gereja mahu tak lain tak bukan mahu Kalimah Allah digunakan untuk digantikan dengan nama Tuhan dalam penulisan mereka dan usaha ini jelas berkepentingan tertentu oleh golongan Gereja maka perkara sebegini wajib kita tentang dan pertahankan
Namun akibat desakan DAP nampaknya Pakatan Rakyat sanggp membuat isu ini hangat kembali,kita tahu kehendak pihak Gereja untuk menukar nama tuhan dalam penulisan mereka jelas bertentangan dengan ajaran islam yang mengesakan tuhan yang satu maka kenapa pas sanggup memutarbelitkan fakta terutama DR Maza menghentam tampa enyelidik fakta jelas menampakkan yang beliau berhujah mengikut fahaman politik semata mata dengan memutarbelit kenyataan seorang penasihat agama Johor dengan mengatakan perkara yang tidak benar Walhal memang wajar diketogerikan murtad orang yg menyokong pihak gereja menuntut kalimah allah boleh diguna pakai dalam penulisan mereka menggantikan nama tuhan kepada Allah dan perkara ini jelas menyeleweng dan menduakan keesaan Allah s.w.t Akan tetapi DR Maza hanya menuduh kononnya yang dituduh mengatakan haram dan murtad bukan islam menyebut Kalimah Allah walhal perkara ini jelas bukan maksud sebenar yang di maksudkan orang yang dituduh Pelik bila pihak gereja kalah di mahkamah Rayuan bab agama pun nak mereka berbincang dengan Kafir yang Agendanya nyata mahu Kalimah digunakan secara bebas iaitu seperti tuntutan DAP dulu jadi tak perlu nak besarkan isu ini lagi jelas nyata dan terang sekali bahawasanya Insyaallah selagi Umno menerajui perkara yang dituntut Pihak Kristian tidak akan dilayan dan jika pas kita sendiri tahu suara Dap yang sering menjadi lidah Rasmi Pakatan Pembangkang almaklumlah jumlah Ahli Parlimen islam sangat sedikit bilangannya dengan jumlah yang Kafir jadi sah suara ORANG MELAYU PAS JADI PAK SANGGUP LA JAWABNYA
SHAH ALAM: Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan besar sehingga melibatkan seluruh warga Arab dan ulama-ulama terkemuka dunia, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.
tiada dikatakan beliau bahawasanya melarang bukan Islam menyebut kalimah Allah akan tetapi beliau jelas menyatakan memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad malah tindakan Kerajaan Malaysia ini juga mendapat sokongan dari Ulama dunia yang Pendekar sediakan Ulasannya di bawah sekali
Ini kerana katanya, selain Semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah.
"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya yang dipetik daripada portal Malaysiakini.
Dr Asri bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".
Beliau yang juga bekas mufti Perlis itu berkata, jika pandangan tersebut diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian seperti Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili juga dianggap murtad.
Tambah beliau lagi, pandangan itu turut memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.
"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.
Pengamatan dari komen penasihat Agama Islam Johor Datuk Nooh Gedut berbeza jauh dari ulasan DR Maza kerana ia melibatkan bukan menyebut malah ianya menulis didalam tulisan didalam majalah yang akan jika dibenarkan ditulis maka nama kalimah suci kita akan di duakan seperti contohnya "ALLAH JASUS''MAKA INI AMATLAH BAHAYA dan boleh menyebabkan berlakunya SLAH TAFSIRAN PADA GOLONGAN YANG BARU HENDAK MENGENAL AGAMA,Malahan kalimah ALLAH bukanlah sebahagian teras kepercayaan dan amalan agama Kristian.
“Berdasarkan hakikat ini kami tidak nampak sebab mengapa pihak responden (Ketua Uskup Gereja Katolik) bertegas mahu menggunakan istilah ALLAH dalam penerbitan mingguan mereka.Jika penggunaan ini diizinkan ia akan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat,” kata Hakim Apandi Ali ketika membacakan ringkasan keputusan mereka.
Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Lau Bee Lan memutuskan bahawa perintah Kementerian Dalam Neger (KDN) mengharamkan kalimah ALLAH di dalam penerbitan Kristian adalah bertentangan dengan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Pada 10 September tahun ini, KDN dan kerajaan Malaysia mengemukakan hujah kepada kepada Mahkamah Rayuan mengapa keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak wajar.
Jika pihak gereja Katolik meneruskan rancangan untuk membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan ini bermakna ia masih mempunyai alasan dan bukti bahawa kalimah ALLAH memang sebahagian teras kepercayaan mereka.
Sepanjang isu ini tercetus bukan sahaja pihak yang menuntut (gereja) sahaja yang tegas mahu larangan penggunaan kalimah ALLAH dibatalkan, malah pejuang kebebasan hak asasi manusia dan parti-parti politik juga mahu kerajaan berundur daripada pendiriannya.
Pembangkang dakwa pihak pertahan 'ALLAH' buta sejarah
PKR bersikap liberal dalam isu ini. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa pihak yang mahu melarang penggunaan kalimah AALLAH dalam penerbitan Kristian tidak faham sejarah.
Bahasa Arab dan kalimah Allah sudah lama digunakan oleh orang-orang Nasrani sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan, hujah beliau.
Bagaimanapun dalam Pas ada pendapat yang berbelah bahagi. Majlis Syura Ulama tidak mengizinkan kalimah ALLAH digunakan dalam penerbitan Kristian.
Namun pemimpin lain, termasuk presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berpendirian penggunaan kalimah suci itu boleh diizinkan dengan syarat ia tidak disalahgunakan.
Kini Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa tiada alasan tuntas untuk menunjukkan kalimah ALLAH ini adalah antara isu teras dalam kepercayaan agama orang Kristian.
Maka tiada sebab untuk mengizinkan ia digunakan oleh penganut Kristian di negara ini.
Namun paling penting bagi sidang Hakim ialah, keizinan menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan Kristian akan menimbulkan kekeliruan.
Pas dan PKR akan pertahan 'ALLAH' jika utamakan usul fiqh
Dapat dibayangkan apa yang dimaksudkan oleh para hakim berkenaan ialah keputusan yang menyebelahi pihak Kristian bakal mengundang musibah keretakan perhubungan kaum dan agama yang serius.
Dalam Islam pun ada kaedah usul fiqh yang menetapkan supaya dalam membuat pilihan di antara dua keburukan, pilihlah yang lebih besar mudaratnya.
Isu ini memang menginsafkan betapa pentingnya soal agama tidak ditunggangi untuk dijadikan modal politik.
Jika PKR dan Pas mengutamakan kaedah usul fiqh sudah tentu mereka memilih untuk menyokong keputusan kerajaan sejak awal lagi.
Namun demi mengaut keuntungan politik, masa depan negara, agama dan bangsa sanggup diperjudikan.
Seharusnya tindakan lebih wajar ialah menasihati pihak gereja bahawa demi masa depan perhubungan kaum, dan agama serta memelihara kesejahteraan negara, isu ini usah diperpanjangkan.
Usahlah menjadi batu api yang boleh memercikkan pertentangan sengit di kalangan kaum dan agama di bumi Malaysia ini.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Keterangan/Hujah:
1.Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
2.Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
3.Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
4.Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
5.Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
6.Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
7.Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.
8.Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
9.Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
10.Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
11.Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan,ketegasan,dalam,menjaga,maruah,agama.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal UgamaKeputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.
Pandangan Tokoh Ulama Luar Negara Pandangan Wakil al-Azhar (Timbalan Syeikh al-Azhar) dan Ketua Lajnah
Dialog Antara Agama al-Azhar, Fadhilat al-Syeikh Abdul Fattah ‘Allam Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat. Ini kerana kalimah Allah tidak boleh disamaertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang Mewujudkan.
Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang tuhan yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai Allah.
Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an dan alHadith
Pandangan Penasihat Undang-undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi,Syeikh Abdul Muhsin al-‘Abikan Beliau berpendapat bahawa pendekatan Kerajaan Malaysia ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan nama ‘Allah’ melainkan hanya kepada Yang Maha Pencipta (tuhan yang sebenar ). Ia kerana terdapat agama agama lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama ‘Allah’ tidak sepatutnya digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selain-Nya
Tokoh Pergerakan Perlembagaan Islam (Islamic Constitutional Movement)
Kuwait, Syeikh Abdul Hamid al-Ballali Beliau menyokong penuh keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai panggilan bagi tuhan mereka.
Beliau beralasan bahawa keputusan tersebut amat signifikan bagi memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. Umat yang gagalmemelihara istilah-istilah agamanya adalah umat yang leka.
Sedangkan Allah SWT telah mengangkat umat ini sebagai sebaik-baik umat.Menurutnya lagi umat Islam perlu sedar banyak istilah-istilah yang berasal daripada Islam pada hari ini telah cuba dieksploitasi, disalahguna atau dipesongkan maknanya oleh pihak tertentu.
Ianya seperti istilah ‘syahid’ yang juga digunapakai bagi penganut bukan Islam. Istilah ‘riba’ yang ditukarkan
Kenyataan ini dibuat oleh beliau ketika penulis menghadiri Kursus Pengendalian Fatwa dan Pengurusan Dakwah dari Mei-Julai 2009.
Fail’Cawangan’Aqidah’JAKIM.
Keputusan Kerajaan
Keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 juga telah memutuskan bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam.
Malah penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN. S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November 2006.
Kesimpulan
Berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, tiada sebab untuk kerajaan membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada pihak Kristian. Malah keputusan kerajaan adalah selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menobatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Umat beragama di Malaysia telah sedia maklum bahawa sebarang isu yang berkaitan dengan Islam sama ada secara langsung atau tidak seharusnya menghormati kedudukan istimewa agama Islam dan umat Melayu Islam di negara ini.
Rujukan
Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim
Al-Thabari, Jami‘ al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an
_______(1990), Mengapa Kalimah Allah?, Bahagian Hal Ehwal Islam, JPM KL.
KUALA LUMPUR 17 Okt - Pengerusi PKR Johor diingatkan untuk tidak mentafsirkan potongan ayat Al-Quran sewengang-wenangnya untuk dijadikan fakta membantah keputusan mahkamah berkenaan larangan penggunaan kalimah Allah untuk mentafsir 'God'.
Setiausaha Dewan Ulama PAS Nik Zawawi Salleh, tindakan Chua itu amat dikecam ekoran tidak mendapat rujukan ulama sebelum menggunakan tafsir al-Quran sewengang-wenangnya.
“Penggunaan ayat atau tafsir al-Quran tidak boleh dipandang remeh sama ada individu itu Islam ataupun bukan Islam.
“Islam tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk membaca al-Quran, cuma masalahnya tidak boleh sesuka hati menafsir al-Quran sekiranya tidak arif bahagian itu,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.
Nik Zawawi berkata demikian bagi mengulas tulisan Chua yang menggunakan potongan ayat al-Quran bagi mempertikaikan keputusan hakim Mahkamah Rayuan berkenaan isu kalimah Allah pada isnin lalu.
Sehubungan dengan itu penulis amat berharap Pas wajib memikirkan balik tahaluf siasi antara pakatan rakyat yang jelas di perkotak katikkan PKR dan DAP SEPERTI DISINI
Bersesuaian dgn ijtihad karamah NIK Aziz yang telah di persetujui oleh ahli-ahli pas yakni WAJIB mendedahkan sekiranya ada keburukan pemimpin yg meminpin umat,khasnya umat Islam demi menyelamatkan umat.
MUS-STOP-AA enggan bersumpah menafikan tuduhan BERZINA itu amat tidak kita setujui,sebab SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN,pernah bersumpah di dlm masjid dihadapan oleh para sahabat ketika menafikan pertuduhan terhadapnya.
Harus diingat sahabat PM semua Wahai ahli Pakatan Pembangkang yg beragama Islam,jikalau dikumpul seluruh ahli pas,TGNA,TGHA serta tertuduh dibandingkan ilmu,keimanan,tawadhuk,takwa,tawakkal SAIDINA UTHMAN dgn kamu semua di sisi ALLAH umpama langit dgn bumi,layaknya. Wallahu'alam.
Keperluan cctv,video atau gambar serta DNA amat bersesuaian dgn Hadith Nabi SAW,riwayat imam Ibnu Majjah, mafhumnya Nabi SAW pernah memberitahu sahabat ,tentang seorang penzina berserta dgn nama dan identitinya,tetapi tidak dapat dihukum REJAM sebab tak cukup bukti utk hudud.
SAYUGIA diketahui setiap bukti yg diiktiraf oleh masyarakat boleh digunakan sebagai bahan utk menilai akhlak seseorang dan bukannya utk mengHUDUD.Tujuan Nabi SAW,utk umat mengetahui akhlak yg dituduh ditakuti akan terpilih menjadi seorang yg menjagai amanah bagi umat.PERSOALANYA seterusnya KLICK DI SINI http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2013/04/gempar-sambungan-cerita-mustafa-ali.html
ROMPIN -GEMPAR apabila seorang imam sebuah masjid di sini ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) selepas dipercayai mengamalkan ajaran Syiah sejak enam tahun lalu.
Individu berumur 64 tahun itu ditahan di kuarters kakitangan Ladang Risda Pekoti Timur dekat Muadzam Shah di sini pada pukul 2 petang semalam menurut sumber metro yang Pendekar petik.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malik dalam sidang akhbar hari ini berkata, pihaknya merampas beberapa buah buku berkaitan Syiah, tasbih tanah Karbala, sebungkus tanah Karbala, tiga butir batu Karbala serta sehelai kain kafan yang sering digunakan pengikut ajaran itu.
Pengaruh Syiah Dalam PAS !!!! ?
Sebelum kita bercerita panjang, mari kita sama-sama kita lihat hasil enjian carian Google apabila dimasukkan kata kunci "PAS Syiah" dan inilah antara foto-foto yang dipaparkan.
Demonstrasi PAS yang dipenuhi poster dan gambar ulama Syiah
Lagi demonstrasi PAS yang dipenuhi poster dan foto ulama Syiah
Penceramah undangan Ustaz Hassan Askari yang berfahaman Syiah
Apakah pendapat anda setelah melihat beberapa foto yang membuktikan wujudnya pengaruh Syiah yang begitu kuat dalam sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam?
Bagi sesiapa yang tidak memahami pengertian Syiah, secara ringkasnya Syiah ini merupakan fahaman aqidah yang telah difatwakan bercanggah dan bertentangan dengan Syariat Islam oleh ulama muktabar Ahlil Sunnah Wal Jammah, dalam erti kata yang lebih mudah, Syiah ini tergolongan dalam kelompok sesat lagi menyesatkan.
Syiah menggalakkan perlakuan taqiyah (penipuan) untuk menarik umat Islam yang lain mengikuti ajaran dan fahaman mereka. Dan menurut penganut ajaran Syiah ini, semakin bijak mereka ber-taqiyah, maka dianggap semakin berimanlah seseorang Syiah itu. Maka tidak hairanlah sebilangan pemimpin dan pengikut PAS cukup handal menipu dan memutar-belitkan kenyataan demi mengelabui mata umat Islam yang lain. Seandainya Syiah tidak dihalang daripada terus menyuburkan lagi pengaruh fahaman ini kepada pengikut PAS yang lain, nesyaca PAS bakal menjadi parti Syiah terbesar di negara ini.
Dan lebih malangnya umat Islam yang lain (bermakna ahlil Sunnah Wal Jamaah) bakal diancam bahaya kerana Syiah tidak pernah merestui kewujudan kelompok ahlil Sunnah Wal Jamaah ataupun Sunni ini di seluruh dunia. Lihat sahaja di Iraq, Iran dan Syria apabila pengikut ahlil Sunnah Wal Jamaah diseksa dan disembelih hidup-hidup kelompok pengikut Syiah.
Malah lebih menakutkan lagi, penganut Syiah ini sanggup melakukan apa-apa sahaja hatta mengeluarkan kenyataan yang menyesatkan dengan tujuan untuk memesongkan aqidah umat Islam yang lain.
Hal ini boleh diperhatikan melalui kenyataan beberapa pemimpin PAS yang didakwa berfahaman Syiah seperti Mat Sabu yang mendakwa lebih rela memakan BABI bersama Lim Guan Eng daripada menikmati AYAM bersama-sama pemimpin Islam merangkap Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Persoalannya, atas kedaruratan apakah sehingga membolehkan Mat Sabu menikmati makanan yang haram di sisi Islam?
Dalam sirah Islamiyah menceritakan peranan golongan Syiah dalam merendah-rendahkan para sahabat baginda Rasullullah SAW dan juga isteri-isteri Nabi termasuk Ummul Mukminin, Saidatina Aishah RA.
Golongan Syiah ini juga antara golongan yang jelas menentang keras ajaran Islam yang dibawa Rasulullah SAW dan menganggap bahawa ajaran Islam tidak lengkap sebelum Saidina Ali RA ditabalkan menjadi Khulafa ar-Rasyidin. Malah golongan Syiah begitu memuja ulama dan menganggap kelompok ulama tidak boleh disentuh kerana mempunyai taraf menyamai para Rasul Allah.
Fahaman Syiah ini umpama barah yang akan memakan satu per satu sel dan kemudian merosakkan tubuh badan, akhirnya menyebabkan kematian jika dibiarkan tanpa rawatan. Dan sekarang kelihatan pengaruh Syiah dalam PAS begitu ketara sehingga menyebabkan beberapa tokoh yang tegas memperjuangkan ahlil Sunnah Wal Jamaah dalam PAS seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Dr Hasan Ali terpaksa menerima tekanan hebat kelompok ini. Jelas pengaruh Syiah dalam PAS ini turut diakui sendiri Timbalan Ketua Pemuda PAS merangkap anak kepada Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Pengakuan Nik Abduh bahawa wujud pengaruh Syiah dalam PAS
Pendokong Syiah seperti di Iran dan negara-negara Timur Tengah ternyata telah menghalalkan demonstrasi jalanan serta keganasan dalam memastikan kerajaan yang mereka ingin bangunkan mampu dibina. Hatta dalam beberapa siri, pendokong Syiah turut menghalalkan darah sesama Muslim untuk disembelih asalkan mereka mampu menjadi kerajaan. Bukankah tindakan sebegini turut dilaukan sebuah parti dengan nama Islam di Malaysia?
Secara terang-terangan Syiah menolak sebarang kepimpinan golongan Ahlil Sunnah Wal Jamaah seperti yang berlaku di Iran, Iraq, Syria, Lubnan dan Libya yang memperlihatkan pertumpahan darah dan pembunuhan pemimpin Islam seperti Saddam Hussien dan Muammar Ghadaffi. Malah Syiah ini lebih buruk sifatnya daripada Yahudi kerana secara ber-taqiyah, mereka sanggup menipu dan menghalalkan apa-apa sahaja cara demi merealisasikan cita-cita mereka. Persoalannya, adakah keadaan ini turut dilakukan sebuah parti dengan label Islam di negara ini?
Seterusnya kita perhatikan pula parti sekutu kepada PAS, yakni Parti Keadilan Rakyat (PKR). Lihat sahaja pemimpin PKR ternyata juga merupakan antara golongan pendokong Syiah:
Pengerusi PKR Perlis, Mohamad Faisol Abdul Rahman
Malah selain kepimpinan tertinggi PKR telah diserapi dengan ideologi Syiah, pemimpin tertinggi seperti Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu juga antara individu yang dikesan mendokong fahaman yang serupa.
Bukti daripada laman sesawang milik Mat Sabu yang mengakui bahawa dia mempunyai pemikiran selari dengan ulama Syiah seperti Khomeini.
Malah tanpa segan silu, Mat Sabu turut mengakui mengkagumi manusia yang pernah mengkafirkan sahabat Rasullullah SAW, yakni pemimpin Revolusi Iran 1979, Ayatollah Khomeini (untuk bukti lebih lanjut, sila tonton di sini)
Jadi apakah pandangan anda lagi? Seandainya seorang Timbalan Presiden sebuah parti dengan label Islam seperti PAS pun sanggup mengakui bahawa dia mendokong ideologi Syiah, adakah tidak cukup bukti untuk menyokong bahawa fahaman Syiah kini begitu kuat menular dalam PAS?
Bersama-sama kita halang penularan fahaman Syiah dan menolak PAS. Sesungguhnya dengan memberi ruang dan peluang kepada PAS (baca Syiah) kita juga membuka peluang untuk golongan ahlil Sunnah Wal Jamaah dihapuskan secara perlahan-lahan di Bumi Malaysia ini. Kita telah lihat dan saksikan kekejaman pendokong Syiah, dan sudah masanya kitalah yang menghapuskan mereka.
MENENTANG SYIAH:PEMIMPIN PAS MEMALUKAN DIRI DENGAN ISU TIDAK MENYOKONG MENENTANG SYIAH SECARA BESAR BESARAN
Inilah sifat Retorik yang ada pada para Pmimpin pemimpin Pas yang kononnya merekalah yang paling tinggi Islamnya di negara kita,pendek kata mereka ini sahaja yang betul dan orang lain semuanya tak betul hakikatnya mereka hanya menampakkan kejahilannya kerana setiap fitnah mereka berjaya di tepis dengan fakta yang amat kukuh dan jelas.
APA YANG DI PERJUANGKANNYA HANYA BAYANG BAYANGAN sahaja kerana Hudud yang dikehendaki oleh Pas sebenarnya Pendekar ANGGAP TELAH LAMA TERKUBUR DAN AKAN TERUS TERKUBUR SELAGI PAS DENGAN SIFAT PENTINGKAN KUASA(LIHAT ULASAN BERKENAAN HUDUD DIBAWAH)yakni selagi terus bersama DAP jangan mimpi lah Hudud akan tertegak dibumi Malaysia kerana DAP sudah terang nyata lagi bersuluh menentangnya dengan kuasa yang mereka ada didalam Pakatan Rakyat!!!
Apa yang menghairankan, kenyataan dia tu hanya memburukkan Parti PAS sahaja?
Dalam isu terkini, ADUN Alor Mengkudu yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kedah mempertikaikan Rang Undang - Undang yang dibentang baru - baru ni.
KONONnya, alasan yang dia berikan ialah kerana Rang Undang - Undang tu bercanggah dengan Undang - Undang Syariah Islam yang 'sebenar'.
ALOR SETAR - PR menegaskan bahawa keputusan untuk menolak enakmen berkaitan anti Syiah pada persidangan Dun baru-baru ini bukan disebabkan masalah Syiah, tetapi kerana Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang diperkenalkan adalah bertentangan dengan Syariah sebenar.
Dia jugak turut menjelaskan hukum - hukum yang sepatutnya dikenakan bagi kesalahan - kesalahan menurut Hukum Islam. Atau dengan kata lainnya, Hukum Hudud.
Nak tanya pada Ketua Pemuda PAS Kedah ni. Kenapa masa PAS memerintah Negeri Kedah tempoh hari, Rang Undang - Undang tersebut tidak dibentangkan?
Kenapa PAS tidak membawa usul untuk meminda undang - undang Syariah sedia ada dan mengubahnya mengikut Hukum - Hukum Islam?
Sebagai contoh, hukuman bagi mereka yang berzina. Kenapa PAS Kedah tak letakkan hukuman sebat atau rejam bagi mereka yang terlibat?
Kenapa hanya bila tiba ketika Negeri Kedah diambil alih oleh Barisan Nasional, baru PAS nak mempertikaikan perkara tersebut dalam sidang DUN?
Walhal mereka ada tempoh lima tahun untuk buat usul tersebut Diulangi, LIMA TAHUN!!! Bukannya sekadar sebulan dua je tempoh masa yang diorang ada.
Sebaliknya, tempoh tersebut digunakan untuk memenuhkan poket kroni - kroni seperti membuka Insaniah Holding dan membotakkan balak yang ada di Negeri Kedah.
Itu membuktikan bahawa PAS hanya sekadar 'Mempergunakan' Islam sebagai alat untuk diorang berpolitik dan meraih undi demi kepentingan peribadi. Bukannya diorang betul - betul nak Memperjuangkan Islam sangat pun!!
Mudahnya mengata pada orang lain,mudahnya menuduh orang lain tanpa usul periksa,mudahnya memandang rendah pada orang lain,semua yg dia tak suka semuanya buruk langsung tak nampak kebaikan..kalaulah kita perhati dan muhasabah diri sendiri,alangkah banyaknya kekurangan diri..itulah manusia yang tertipu dgn diri sendiri,kagum dengan diri,orang lain buruk yang baik dirinya sahaja...kesian Penjelasan tentang RUU kesalahan jenayah syariah (Kedah)
Klausa klausa yang diperbaharui dalam Rang undang undang kesalahan jenayah syariah (Kedah) 2013 yang berkait Hukum Syarak ialah Pemujaan Salah, Doktrin palsu, Pendapat yang bertentangan dengan fatwa, Penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syarak, dan lain lain.
Dan dalam tafsiran, "Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali. Seperti yang Datuk Mukhriz nyatakan dalam Sidang DUN, bahawa Syiah bukan mazhab, maka ianya bertentangan dgn Hukum Syarak.
Oleh itu, walaupun RUU itu tak sebut Syiah secara spesifik, Syiah tergolong antara fahaman yang melanggari Hukum Syarak. Maka sesiapa yang mengajar & mengembang doktrin Syiah melakukan suatu kesalahan & boleh dihukum seperti yang diperuntukkan dalam RUU tersebut.
Bab arak zina qazaf dan lain lain memang dah wujud dalam RUU lama malah telah berkuatkuasa dari dulu. Ketika zaman Pas pun mereka guna undang undang yang sama untuk kesalahan zina, arak, qazaf dan lain lain.. Yang hairannya Pas tak pula nak perbetulkannya supaya lebih menepati "Hukum Allah" ..
Penasihat Undang-undang Negeri menjelaskan bahawa apabila satu enakmen itu hendak dipinda, kesemua enakmen yang dikuatkuasakan terdahulu perlu ditarik balik.
"Misalnya dalam enakmen yang asal dulu ada soal zina, liwat dan sebagainya ditarik balik, kemudian dimasukkan berkenaan fahaman yang bertentangan dengan ahli Sunnah Wal Jamaah. "Selepas itu, dimasukkan semula enakmen yang ditarik itu sebagai satu enakmen yang baru. Itu sebabnya ia nampak panjang, walhal fasal yang baru itu tidak banyak,"
Kalau sekarang Pas kata RUU yang dibawa untuk diluluskan dalam sidang DUN itu tak betul kenapa dulu tak pertikai?? RUU yang dibawa oleh Kerajaan BN mendapat tentangan hebat dari Ahmad Yahya kononnya RUU tersebut tidak mengikut syariat Islam..
Namun Otai Pas merangkap bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah Pahrolrazi berhujah mengatakan RUU itu adalah berkaitan hukum takzir dimana hukum tersebut boleh ditentukan perlaksanaannya oleh pihak berkuasa, sehingga Ahmad Yahya terkedu disekolahkan oleh bekas EXCO.
Untuk makluman semua, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ini mendapat kelulusan Dato Mufti terlebih dahulu sebelum dibawah kedalam Sidang DUN agar semua ADUN beragama Islam meluluskan RUU ini..
Tapi sayangnya Adun dari PAS menolak 100% RUU kerana bagi mereka hudud lebih penting.. Jika Adun Pas pertikaikan RUU ini tidak menepati syariat Islam, Dato Mufti orang pertama akan menegur dan minta ditukarkan sebab RUU ini melibatkan akidah umat Islam..
Jadi apa yang dipertikaikan oleh Ahmad Yahya dalam akhbar sinar tentang hukum zina, arak dan sebagainya itu hanya mahu menutup isu mereka menyokong Syiah...
DISINI PENDEKAR NAK KONGSIKAN PADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA SUPAYA CUBA MEMAHAMI MENGAPA NEGARA KITA BELUM LAGI DAPAT MELAKSANAKAN HUKUM INI DIMALAYSIA BUAT MASA INI
Imam Abdurrazzaq Ash-Shan'aani dalam Al-Mushannaf yang disandarkan kepada Umar Al-Khattab RA, kata beliau, "Tidak ada hukum hudud kecuali bagi orang yang mengetahui tentangnya."
Penerangan mufti Qatar (sebuah negara yg belum amalkan hudud) iaitu Syeikh Dr Al Qaradhawi bahawa hudud adalah kemuncak kepada seluruh sistem kehidupan Islam, yang pastinya dimulakan dengan Aqidah yang shahih.
Beliau berkata: "dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud". (Rujuk : http://www.qaradawi.net/2010-02-23-09...)
apabila berbicara berkenaan hudud, ramai org cakap hudud ni hukum potong tangan, hukum rejam dan mcm2 hukum.. pdhal bukan mcm tu nak bagi manusia kenal hudud.. keindahan hukum hudud yg tidak diceritakan
cuba terangkan, mcm mana nak buat hudud? sedangkan samaada umno atau pas x cukup kerusi parlimen utk gubal/pinda perlembagaan negara.. jd kerajaan mana boleh gubal/pinda perlembagaan negara sesuka ati.. sbb dlm dewan rakyat ada kerajaan, ada pembgkang dan ada mcm2 parti..
apa yg umno ckp psl hudud sama sejibik dgn apa yg ahli parlimen pas dr.dzulkefly ckp, x caya tgk video penuhnya kat tvpas sini: umno dan pas masing2 x cukup 2/3 kerusi parlimen utk gubal/pinda perlembagaan jd hudud, jd camne nak buat hudud? http://www.youtube.com/watch?v=Q-Qcpe...
sy sokong hudud tp PR ngaku hudud bukan agenda PR juga.. byk alasan d beri oleh mereka.. PR berjanji nak pertahankan perlembagaan sedia ada je.. nanti dah memerintah terikat pula dgn perjanjian dalam PR.. kat mlysia dua2 sama je x dpt buat hudud:
dulu PAS boleh la ckp nak hudud sbb dulu PAS x gabung dgn parti2 lain.. skrg bila dah gabung PAS sendri kata hudud bukan agendanya..
PAS dgn DAP dah bercerai lebih 3 kali tp boleh rujuk2 balik, tu yg pelik.. mula2 dlm APU, pastu cerai.. gabung lg dlm BA, cerai jugak.. skrg dlm PR plak.. akhirnya PAS sendri ngaku hudud bukan agenda PR:
video penuh forum ulama' muda UMNO menerangkan hudud kepada chua soi lek & MCA.. bila PAS nak buat forum terangkan hudud pd DAP dan karpal pula?: http://www.youtube.com/watch?v=DQ1mSp...
penjelasan hudud antara pas dan umno di sidang DUN.. nampaknya terbukti hanya pas memutarbelit kenyataan kerajaan kononnya tidak mahu laksana hudud: http://www.youtube.com/watch?v=graKlk...
selain dr maza, ustaz kazim juga nafi mahathir hina hudud setelah mendpt penjelasan dr tun sendri: http://www.anwaraidc.com/?p=27857
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tidaklah seseorang menuduh kepada orang lain dengan tuduhan fasiq atau kafir (tolak Islam), melainkan akan kembali kepada yang menuduh sekiranya yang dituduh tadi tidak sebagaimana yang dituduhkan." (Muttafaqun 'alaih)