Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Memaparkan catatan dengan label ‪#‎GULING2014‬. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ‪#‎GULING2014‬. Papar semua catatan

Selasa, 7 Januari 2014

Isu bughah: Mufti Kelantan pertahan Harussani

image (38)KOTA BHARU – Kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bukan bermaksud menuduh tetapi bersifat memberi contoh dengan situasi yang berlaku di Himpunan Turun pada malam ambang tahun baharu minggu lalu.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, situasi di himpunan itu tidak sepatutnya dikaitkan dengan perkataan bughah dalam istilah fiqah namun ia boleh digunakan bagi tujuan memberi tauladan dan contoh.
“Pada pendapat saya, ia hanya contoh, bukan menuduh, tugas kita sebagai mufti adalah untuk memberitahu tentang apa yang terkandung dalam ajaran Islam, tentang fatwa, nasihat dan penjelasan mengenai perkara-perkara yang boleh mendatangkan salah faham.
“Kalau mereka (peserta) tidak tergolong dalam contoh yang dinyatakan, maka mereka tidak perlu marah atau terasa hati dengan kenyataan itu, kalau  keluar beramai-ramai tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang lain, itu tidak menjadi masalah, kenyataan tersebut sebenarnya dipolemikkan golongan tertentu
Beliau diminta mengulas tindakan beberapa pihak yang tampil membuat laporan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak tersebut.
Menurutnya, Harussani  memberikan contoh itu supaya masyarakat Islam yang menyertai himpunan itu sedar tentang apa yang dilakukan itu boleh mendatangkan pelbagai masalah.
Beliau berkata, sebagai contohnya di negara-negara bergolak lain  mengharamkan himpunan dan demonstrasi yang boleh mengakibatkan kemudaratan kerana ia akhirnya melibatkan kematian.
“Tetapi realiti yang berlaku baru-baru ini tidak seteruk negara luar, sebagaimana dalam Fiqah, tetapi, guling dalam istilah syarak adalah dilarang, yang mana boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai.
“Kalau tunjuk perasaan secara aman, tidak menjadi masalah, tetapi kini apa yang dapat dilihat, masyarakat kurang kefahaman dan kurang kepercayaan kepada institusi fatwa dan ulama, sehingga perkara-perkara seperti ini boleh timbul dan pelbagai pertikaian dari pihak-pihak tertentu, inilah salah satu cabaran yang perlu kita hadapi sekarang,”katanya.

Isnin, 6 Januari 2014

Isu ‘bughah’: DPPM buat laporan seluruh negara tapi Dalam Isu Kalimah mereka senyap pula kenapa ??



image
Sepatutnya mereka membuat laporan Polis tentang Isu penggunaan Kalimah agar tidak di gunakan di dalam Bible di Selangor akan tetapi lebih mementingkan Politik dari tuntutan mempertahankan Kalimah suci kita
Pelik sungguh melihat telatah Timb Pemuda Pas ini yang mendakwa akan mengarahkan Dewan Pemuda Pas seluruh Negara membuat Laporan Polis terhadap Mufti perak yang berniat baik menegur salah laku sebilangan peserta Turun yang berkemungkinan ada niat untuk menggulingkan Kerajaan seperti yang kita dapat lihat di media media sosial sebelum ambang Tahun baru dulu
(LIHAT JAWAPAN MUFTI PERAK DI BAWAH YANG MEMPERTAHANKAN HUJAHNYA)
Timbalan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata:
Dewan Pemuda Pas di seluruh negara diarah membuat laporan polis secara serentak pada hari ini atau esok (6 dan 7 Januari 2014).
“Saya berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan dengan menyiasat kenyataan beliau (Harussani) itu,” katanya dalam satu kenyataan media yang turut menggesa Harussani menarik balik kenyataannya.
Mari sahabat PM melihat jawapan Admin seperti yang Admin jelaskan di tulisan sebelum ini apabila Bloger Omak kau menuduh Mufti Perak di belasah DR Maza kaw..kaw..katanya di sini 2/1/2014 dan cuba lihat jawapan dari Mufti Perak pula dan akhirnya kita akan dapat merungkai permasaalahan ini

Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “Bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah”. Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “Bughah” dan demonstrasi.

Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemic dan kecelaruan kepada masyarakat. Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi “ TURUN” sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru “ditiadakan” sebagai bahan berita.

Diizinkan Allah saya dapat menatap isu dan berita perihal demonstrasi setiap kali ianya dianjurkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Setiap kali penganjuran demonstrasi dilaksanakan, maka saya akan dihubungi untuk memberi ulasan terhadapnya. Apa yang menggusarkan saya ialah apabila berlakunya demonstrasi dalam skala yang besar di negara ini maka, majoriti para pesertanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka, secara jelasnya akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang mana kedua-duanya merupakan warga Muslim. Jika berlaku pertembungan tersebut sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan ke atas pihak-pihak, disamping akan menguntungkan mereka yang berkepentingan dan yang menangguk di air yang keruh.

Nasihat dan peringatan

Oleh yang demikian, selagi diberi amanah saya tidak akan berputus asa untuk menegur dan mendamaikan kedua-dua kumpulan yang merupakan saudara- saudara saya. Sudah tentu ayat al Quran surah Al Hujurat ayat 9 menjadi panduan yang bermaksud :

“…Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berselisihan, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya bersifat melampau (zalim), maka lawanlah puak yang melampau (zalim) itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah diantara keduanya dengan adil (menurut hokum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil…” .

Sebab penurunan ayat ini dengan satu riwayat daripadanya ialah perbalahan yang ditimbulkan oleh Abdullah bin Ubai yang menyemarakkan perbalahan dengan mengatakan bahawa kencing himar Rasulullah ketika Baginda SAW menziarahi Sa’ad bin Ubadah telah menyakiti beliau.

Dalam riwayat yang lain pula merekodkan perbalahan itu berlaku sesama golongan ansar.( tafsir Ibn Juza)

Saya berpandangan bahawa syarat “syaukah” yang sering dikaitkan dengan bughah masih dijadikan perbahasan seperti yang terkandung dalam kitab-kitab feqh contohnya kitab nihayatul Muhtaj.

Dalam kes Abu Bakar al Siddiq memerangi orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat juga memberi gambaran kepada kita bahawa tindakan memerangi mereka juga diambil walaupun golongan ini tidak mempunyai senjata namun ia didokong oleh sekumpulan manusia yang mempunyai bilangan ramai dan munasabah mencetuskan suasana tidak aman kepada pemerintahan.

Pembentukan negara kita berasaskan sistem demokrasi berparlimen. Rakyat diberi hak untuk menentukan pemimpin yang mereka kehendaki berdasarkan sistem pilihanraya. Oleh itu, adalah tidak wajar sama sekali rakyat dihasut untuk mencari mekanisme yang lain bagi menyatakan ketidakpuasan hati kerana negara ini mempunyai instrumen yang diakui untuk menyampai hasrat rakyat seperti parlimen, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri ataupun mahkamah. Tanpa menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dilaungkan namun, rantaian demonstrasi yang telah berlaku mencatatkan sebaliknya. Telah timbul kebimbangan kepada rakyat di sekitarnya kerana kemudaratan lebih terhasil daripada manfaat.

Larangan memberontak

Saya menekuni hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“ Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri ( daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar ”. Sahabat bertanya , “ Wahai Rasulullah ! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab Baginda SAW “ Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada Allah ”.

Imam Al Nawawi menyatakan bahawa terdapat dorongan di dalam hadis ini untuk dengar dan taat sekalipun pemerintah adalah zalim. Sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada Allah dalam usaha menghapuskan kemudaratan pemimpin, menolak kejahatannya dan berusaha untuk membaikinya. Ini bertepatan dengan saranan Nabi Nabi SAW bahawa cara teguran terbaik adalah secara bersemuka

“Se afdhal-afdhal jihad ialah memperkatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim” (HR Abu Daud)

Antara adab penting yang wajib diambil kira dalam menasihati pemimpin ialah member nasihat secara sembunyi, bukan secara terang-terangan berdasarkan hadith:

“Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah berkenaanh sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang-terangan tetapi hendaklah meminpin tangannya ke tempat yang sunyi sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya ia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya .(HR Imam Ahmad)

Imam Ibnu Hajar Al Asqolani merakamkan dalam kitab Fathul Bari bahawa “ para Fuqaha telah sepakat atas kewajiban untuk mentaati pemimpin yang berkuasa dan untuk berjihad bersamanya. Ketaatan kepadanya lebih baik daripada memberontak kerana dapat mengelak daripada tercetusnya pertumpahan darah dan memberi ketenangan kepada orang ramai ”.

Belum pun ditinjau dari sudut istilah syara’, perkataan bagha dari sudut bahasa sudah pun membawa maksud kerosakan, melampaui batas, hasad dan kezaliman. (Maqayis lughah, Mukhtar al Sihah dan lisan al arab). Laporan Berita Harian hanya melaporkan pandangan saya tentang kerisauan saya tentang kesan bagha para penunjuk perasaan walhal saya juga membuat teguran yang sama kepada perbuatan bagha penganjur pesta maksiat sempena sambutan awal tahun.

Jika dikatakan demonstrasi adalah cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai, maka saya fikir itu bukanlah cara yang bersesuaian kerana saya tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban. Apa yang merisaukan saya adalah sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku. Seperti dimaklumi, mekanisme menurunkan kerajaan secara aman telah disediakan secara terhormat dan demokratik serta telah terbukti mampu dibuat secara aman damai. Buktinya ialah terbahaginya negeri-negeri di Malaysia ini di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Kerisauan saya ini saya zahirkan dengan mungulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam berbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah.

Semoga tanah air kita terselamat dari golongan ini dan menyelamatkan kita semua.


Saya menyeru semua umat Islam berhati-hati dari terjebak menjadi ‘ayam laga’ kepada pihak-pihak yang berkepentingan melalui perkakas-perkakas media dan sebagainya kerana mereka sangat irihati jika umat Islam bersatu dan bersepakat. Ingatlah pesanan dan ancaman Rasulullah SAW :

Jika datang kepada kamu sekumpulan manusia dengan seorang pemimpin yang bertujuan untuk merobek kekuatan kamu dan memecahbelahkan Jemaah kamu maka bunuhlah ia. (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith ini sebagai peringatan serius Nabi SAW agar dikekalkan penyatuan ummah dan segala usaha memecahbelah umat patut ditangani secara tegas dan tuntas.

Kesimpulannya, sekiranya berlaku percanggahan pandangan terhadap isu ini , ianya merupakan pemahaman dan penilitian saya terhadap isu dan kaitannya dengan reality semasa di Negara ini. Saya tiada niat lain kecuali mencari redha Allah dan melihat perpaduan umat Islam terus terpelihara khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa.

Khamis, 2 Januari 2014

BLOGER OMAK KAU DENGAN BANGGANYA BUAT CERITA KONONNYA DR MAZA BELASAH MUFTI PERAK.


Dengan bangganya saudari omak kau membuat pos kononnya DR Maza belasah Mufti perak akan tetapi tiada satu pun huraian yang di buat Bloger berkenaan tentang fakta menyokong apa yang di ucapkan oleh Dr Maza 

Persoalan yang Admin @pm nak persoalkan pada dr maza sekarang ni beliau menuduh mufti perak dengan sindiran berapa harganya fatwa tersebut akan tetapi sebenarnya persoalan itu?Namun jika kita selidik balik maka ada kebenarannya ungkapan dr maza akan berbalik padanya kerana percakapannya sering berubah rubah mengikut situasi keuntungan berpihak kepada sebelah mana yg di tuju?

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata ketika mensyarahkan hadis ini:

وأما قوله صلى الله عليه و سلم والتارك لدينه المفارق للجماعة فهو عام في كل مرتد عن الإسلام بأي ردة كانت فيجب قتله إن لم يرجع إلى الإسلام قال العلماء ويتناول أيضا كل خارج عن الجماعة ببدعة أو بغي أوغيرهما وكذا الخوارج والله أعلم

“Adapun sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Orang yang meninggalkan agama dengan cara memisahkan dirinya dari al-jama’ah” adalah bersifat umum bagi setiap orang yang murtad keluar dari Islam dengan setiap cara dan bentuknya, wajib untuk dibunuh sekiranya dia enggan bertaubat. Para ulama mengatakan:

Termasuk juga dalam maksud hadis ini adalah setiap orang yang keluar dari ketataan kepada pemerintah muslim dengan melakukan kebid’ahan, berkhianat, atau selainnya, demikian pula al-khawarij, wallahu a’lam.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 11/165)

Berkenaan mereka yang bertindak memecah-belahkan kesatuan umat Islam yang telah memiliki pemimpin, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّهُ سَتَكُونُ هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يُفَرِّقَ أَمْرَ هَذِهِ الْأُمَّةِ وَهِيَ جَمِيعٌ فَاضْرِبُوهُ بِالسَّيْفِ كَائِنًا مَنْ كَانَ

“Sesungguhnya akan berlaku bencana dan malapetaka, maka sesiapa yang hendak memecah-belah urusan umat ini padahal umat tersebut telah bersatu, bunuhlah mereka dengan pedang walau siapapun orangnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3442)

Dalam riwayat yang lain disebutkan:

مَنْ أَتَاكُمْ وَأَمْرُكُمْ جَمِيعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ يُرِيدُ أَنْ يَشُقَّ عَصَاكُمْ أَوْ يُفَرِّقَ جَمَاعَتَكُمْ فَاقْتُلُوهُ

“Siapa sahaja yang datang kepada kamu sedangkan urusan kamu telah berada di tangan seorang pemimpin, kemudian dia bertindak menggugat kedudukan pemimpin kamu atau memecah-belahkan perpaduan di antara kamu, maka bunuhlah orang tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3443)

Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa:

فيه الأمر بقتال من خرج على الإمام أو أراد تفريق كلمة المسلمين ونحو ذلك وينهى عن ذلك فإن لم ينته قوتل وإن لم يندفع شره إلا بقتله فقتل

“Di dalamnya terdapat perintah untuk membunuh orang yang keluar melakukan penentangan kepada seseorang pemimpin, atau hendak memecah-belah kesatuan (perpaduan) umat Islam dan selainnya. Orang tersebut hendaklah ditegah dari meneruskan perbuatannya, sekiranya ia tidak mahu menghentikannya maka hendaklah diperangi. Apabila kejahatannya tidak dapat dihalang melainkan dengan cara demikian, maka membunuhnya adalah perkara yang dihalalkan.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/241)

Imam ash-Shan’ani menyebutkan perkara yang sama dengan katanya:

دلت هذه الألفاظ على أن من خرج على إمام قد اجتمعت عليه كلمة المسلمين والمراد أهل قطر كما قلناه فإنه قد استحق القتل لإدخاله الضرر على العباد وظاهره سواء كان جائرا أو عادلا وقد جاء في أحاديث تقييد ذلك بما أقاموا الصلاة وفي لفظ ما لم تروا كفرا بواحا

Hadis di atas dengan pelbagai bentuk lafaz dan susunannya telah menunjukkan bahawa sesiapa yang keluar (tidak mentaati) seseorang pemimpin yang telah disepakati oleh umat Islam dalam sesebuah wilayah (kawasan atau negara), maka dia berhak dibunuh kerana akan menimbulkan kerosakan kepada manusia sama ada pemimpin tersebut seorang yang adil ataupun yang zalim selagi mana mereka masih menegakkan solat sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis atau dalam hadis yang lain disebutkan, “Selagi kamu tidak melihat kekufuran yang nyata”. (ash-Shan’ani, Subulus Salam, 3/261)

Begitu juga dengan imam asy-Syaukani rahimahullah. Beliau berkata, “Apabila terdapat segolongan pihak yang cuba merampas kuasa daripada seseorang pemerintah yang telah memiliki kedaulatan (kuasa) dan juga diberi bai’ah (kepercayaan) oleh penduduknya, maka pada ketika itu, hukuman ke atas golongan tersebut ialah dibunuh jika ia tidak bertaubat.” (asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/941 - Maktabah Syamilah)

Berkaitan dengan ini, pernah berlaku dalam sejarah generasi sahabat di mana Khalifah Mu’awiyah B. Abi Sufyan radhiyallahu ‘ahu telah bertindak menahan dan menghukum bunuh Hujr B. Adi al-Kindi dengan sebab Hujr telah mencerca dan menunjukkan sikap kepembangkangan secara terbuka kepada gabernor Mu’awiyah di Kuffah. Sedangkan Hujr B. Adi al-Kindi adalah termasuk daripada kalangan sahabat (sahabat kecil), dan sebahagian ulama menyatakan beliau adalah tabi’in.

Tindakan Mu’awiyah tersebut tidak mendapat bantahan daripada kalangan sahabat yang lain, sebaliknya ia termasuk sebahagian kebenaran dan menjadi hak bagi seseorang pemimpin untuk mengelakkan fitnah dan huru-hara (bibit-bibit pemberontakan). (Rujuk penjelasannya dalam al-Awashim minal Qowashin oleh Imam al-Qadhi Abu Bakr Ibnul Arabi. Tahqiq: Muhibbudin al-Khatib, Mahmud al-Istanbuli, dan al-Maktab as-Salafi)

Dalam sebuah hadis daripada Hudzaifah Ibn al-Yaman radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

يَكُوْن بَعْدِيْ أَئِمَّة لاَ يَهتَدُوْنَ بِهُدَايَ وَلاَ يَسْتَنُوْنَ بِسُنَّتِيْ وَسَيَقُوْمُ فِيْهِمْ رجَال قُلُوْبُهُم قُلُوْبُ الشَّيَاطِيْنَ فِيْ جِثْمَانِ إِنْسِ قَالَ قُلْتُ كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ قَالَ تَسْمَعُ وَتَطِيْعُ لِلْأَمِيْرِ وَإِنْ ضَرَبَ ظَهْرَكَ وَأَخَذَ مَالَكَ فَاسْمَعْ وَأطِعْ

“Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku, dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah mereka orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam bentuk manusia.” Aku (Hudzaifah) bertanya, “Apa yang perlu aku lakukan jika aku menemuinya?” Beliau menjawab, “(Hendaklah) kamu mendengar dan taat kepada amir (pemerintah), walaupun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu, tetaplah mendengar dan taat.” (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, 3/387, no. 3435)

Selain hadis ini, terdapat pula pesanan ‘Umar al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu kepada Suwaid B. Ghaflah yang lebih menguatkan lagi.

Suwaid B. Ghaflah mengkhabarkan:

قَالَ لِي عُمَرُ: يَا أَبَا أُمَيَّةَ، إِنِّي لاَ أَدْرِي لَعَلِّي لاَ أَلْقَاك بَعْدَ عَامِي هَذَا، فَاسْمَعْ وَأَطِعْ وَإِنْ أُمِّرَ عَلَيْك عَبْدٌ حَبَشِيٌّ مُجْدَعٌ، إِنْ ضَرَبَك فَاصْبِرْ، وَإِنْ حَرَمَك فَاصْبِرْ، وَإِنْ أَرَادَ أَمْرًا يَنْتَقِصُ دِينَك فَقُلْ: سَمْعٌ وَطَاعَةٌ، دَمِي دُونَ دِينِي، فَلاَ تُفَارِقَ الْجَمَاعَةَ

‘Umar berkata kepadaku, “Wahai Abu Umayyah (Suwaid), mungkin kamu masih hidup setelah peninggalanku nanti, maka taatilah pemimpinmu walaupun ia seorang hamba berketurunan Habsyi yang cacat hidungnya, jika ia memukul (menzalimi) kamu maka bersabarlah, bila ia menghalang hak kamu maka bersabarlah, bila ia mengajak kepada perkara yang merosakkan urusan dunia kamu, maka katakanlah, “Kami dengar dan mentaati dengan darah kami, bukan dengan agama kami.” Janganlah kamu berpecah dari al-Jama’ah.” (Atsar Riwayat al-Ajurri, asy-Syari’ah, 1/38 dengan sanad yang sahih. al-Khallal, as-Sunnah, no. 54. Ibnu Abi Syaibah, al-Mushannaf, 12/544, no. 34400. Al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 8/159, no. 16405)

Setelah membawakan pesanan ‘Umar ini, Imam al-Ajurri rahimahullah (Wafat: 360H) menjelaskan:

من أُمِّر عليك من عربي أو غيره، أسود أو أبيض، أو أعجمي، فأطعه فيما ليس لله عَزَّ وَجَلَّ فيه معصية، وإن ظلمك حقًّا لك، وإن ضربكَ ظلمًا، وانتهكَ عرضك وأخذ مالك، فلا يَحملك ذَلِكَ عَلَى أنه يَخرج عليه سيفك حتَّى تقاتله، ولا تَخرج مع خارجي حتَّى تقاتله، ولا تُحرِّض غيرك عَلَى الخروج عليه، ولكن اصبر عليه

“Sesiapa pun yang menjadi pemimpin ke atas kamu (selagi mana dia muslim), sama ada berketurunan ‘Arab atau selainnya, hitam atau putih, atau selain bangsa ‘Arab, maka hendaklah kamu taat pada apa yang diperintahkannya melainkan pada perkara maksiat kepada Allah ‘Azza wa Jalla (maka jangan kamu ikuti). Dan walaupun dia menzalimi kamu, menyakiti kamu, memukul kamu dengan zalim, merampas harta dan hak-hak kamu, maka janganlah dengan sebab semua itu menjadikan kamu bertindak memeranginya dengan pedang (senjata), dan janganlah kamu keluar bersama-sama kaum khawarij sehingga menentangnya, dan juga jangan sampai kamu menghasut orang lain untuk keluar dari ketaatan terhadapnya, tetapi hendaklah kamu tetap bersabar.” (al-Ajurri, asy-Syari’ah, 1/40)

Dalam riwayat yang lain juga daripada Hudzaifah Ibn al-Yaman radhiyallahu ‘anhu di ketika beliau bertanyakan tentang keburukan kepada Rasulullah:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada di masa jahiliyyah dan keburukan, lalu Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Adakah setelah kebaikan ini ada keburukan?”

Rasulullah menjawab, “Benar, akan tetapi terdapat asap (kesamaran, kekalutan, atau kekeruhan) padanya.”

Aku bertanya, “Apakah asap (kesamaran, kekalutan, atau kekeruhan) tersebut?”

Beliau bersabda, “Iaitu orang-orang yang mengambil petunjuk selain daripada petunjukku. Engkau mengenali mereka dan mengingkarinya.”

Aku bertanya, “Adakah setelah kebaikan itu ada lagi keburukan?”

Beliau bersabda, “Benar, para penyeru kepada pintu-pintu jahannam. Sesiapa yang menyambut seruan mereka, maka mereka akan dicampakkan ke dalam jahannam (kebinasaan).”

Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, sebutkan sifat-sifat mereka kepada kami.”

Beliau menjawab, “Mereka berkulit sama seperti kita dan berbicara dengan bahasa kita.”

Aku bertanya, “Apakah yang engkau perintahkan kepadaku sekiranya aku bertemu dengan situasi seperti itu?”

Beliau menyatakan, “Hendaklah kamu tetap bersama-sama dengan jama’ah umat Islam dan pemimpin mereka.”

Aku bertanya, “Bagaimana sekiranya tidak ada jama’ah dan tidak pula ada pemimpin bagi umat Islam?”

Beliau menjawab, “Jauhilah kelompok-kelompok itu semuanya walaupun engkau tinggal dengan menggigit akar kayu sehingga kematian datang menjemput dalam keadaan engkau seperti itu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Fitan, 21/478, no. 6557)

Hadis-hadis ini adalah antara hadis-hadis yang paling jelas bagi bab ini, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah menyebutkan sifat-sifat pemimpin di mana mereka tidak mengikuti petunjuk Rasulullah dan tidak pula melaksanakan sunnah-sunnahnya. Itu adalah kemuncak kemungkaran serta penyelewengan dan kekerasan yang paling jelas dilakukan, di mana mereka (para pemimpin) tidak mengamalkan ajaran Rasulullah dalam urusan diri mereka, keluarga, dan rakyat. Walau demikian sikap mereka, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam tetap memerintahkan supaya mereka ditaati (tidak ditentang kepimpinannya).

Kita tidak dibenarkan mengingkari kepimpinan mereka selagi mana mereka adalah muslim dan menegakkan solat berserta syi’ar-syi’arnya. Ini sebagaimana dijelaskan dalam banyak hadis.

Berkenaan beberapa kesalahan yang mereka lakukan, ia sama sekali bukan tiket untuk kita melepaskan tali ketaatan terhadap kepimpinannya. Kesalahan mereka adalah urusan yang dipertanggungjawabkan ke atas diri mereka sendiri. Ia nanti akan dihisab dan diberi pembalasan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Adapun urusan kita dengan mereka, adalah apa yang dibebankan ke atas kita berdasarkan dalil-dalil yang sahih, tidak lebih dari itu. Kita sedikitpun tidak diperintahkan supaya mencelanya, mengaibkannya, menentangnya, memeranginya, mahupun menjatuhkannya. Tidak juga diperintahkan supaya keluar dari ketaatan terhadapnya dengan membina kumpulan-kumpulan baru bertindak sebagai organisasi pembangkang dan penentang!

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا فَإِنَّمَا عَلَيْهِمْ مَا حُمِّلُوا وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ

“Dengar dan taatlah. Mereka bertanggungjawab ke atas apa yang dibebankan kepada mereka dan kamu bertanggungjawab ke atas apa yang dibebankan kepada kamu.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Imarah, 9/384, no. 3433)

Bahkan Rasulullah memerintahkan supaya kita meninggalkan kelompok-kelompok yang menyeru kepada perpecahan. Iaitu kelompok-kelompok yang memisahkan diri dari ketataan terhadap pemerintah. Rasulullah menamakan kelompok-kelompok tersebut sebagai “penyeru kepada pintu-pintu jahannam.”

Mungkin akan ada yang beralasan dengan akta kebebasan bersuara dan hukum demokrasi. Namun bagi kita yang beriman dan benar-benar taat menjunjung al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi, hak kebebasan bersuara dan hukum demokrasi tidaklah lebih tinggi dari Hukum Allah. Demokrasi bukan alasan untuk berpecah meninggalkan hadis-hadis Rasulullah.

Apatah lagi jika pemerintah kita yang ada pada hari ini jelas jauh lebih baik dari apa yang disifatkan oleh hadis tersebut! Jadi, di mana hendak kita campakkan pesan-pesan Rasulullah ini?

Terkait dengan hadis tersebut, pada masa sekarang ini terdapat begitu banyak kelompok atau kumpulan-kumpulan tertentu yang bertindak menyelisihi para pemimpin sedia ada bagi kebanyakan wilayah atau negara tertentu. Walaupun pemimpin yang memimpin sesebuah negara itu adalah muslim dan tetap menegakkan solat, tetapi kumpulan-kumpulan serpihan ini sentiasa bertindak sebagai golongan pembangkang yang suka mencela dan sentiasa berhasrat mahu merampas, merebut, atau menguasai tampuk kepimpinan sedia ada.

Dalam situasi ini, al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) menyatakan:

وبالدعاة على أبواب جهنم من قام في طلب الملك من الخوارج وغيرهم والى ذلك الإشارة بقوله الزم جماعة المسلمين وامامهم يعني ولو جار ويوضح ذلك رواية أبي الأسود ولو ضرب ظهرك وأخذ مالك وكان مثل ذلك كثيرا في امارة الحجاج ونحوه قوله تلزم جماعة المسلمين وامامهم بكسر الهمزة أي أميرهم زاد في رواية أبي الأسود تسمع وتطيع وان ضرب ظهرك وأخذ مالك وكذا في رواية خالد بن سبيع عند الطبراني فان رأيت خليفة فالزمه وان ضرب ظهرك فان لم يكن خليفة فالهرب

“Para penyeru kepada pintu-pintu jahannam adalah mereka yang berusaha mencari kekuasaan, sama ada dari kalangan khawarij (pembawa idelogi pemberontakan) ataupun yang selainnya. Itulah yang dimaksudkan oleh hadis “Hendaklah kamu tetap bersama-sama dengan jama’ah umat Islam dan pemimpin mereka.” Maksudnya, walaupun seseorang pemimpin itu melakukan kezaliman.

Lebih menjelaskan perkara ini adalah riwayat Abu al-Aswad, “Walaupun dia memukul punggung kamu dan merampas harta kamu.” Situasi seperti ini banyak berlaku pada masa pemerintahan al-Hajjaj dan selainnya.

“Hendaklah kamu tetap bersama-sama dengan jama’ah umat Islam dan pemimpin mereka,” maksudnya adalah pemimpin (yang menaungi) mereka. Dalam riwayat Abu al-Aswad ditambahkan, “Hendaklah engkau mendengar dan mentaati walaupun dia memukul punggungmu dan mengambil harta kamu.” Demikian juga dalam riwayat Khalid B. Suba’i yang direkodkan oleh ath-Thabrani, “Sekiranya engkau melihat khalifah (pemimpin), maka bersama-samalah dengan mereka walaupun dia memukul punggung kamu....”

وقال بن بطال فيه حجة لجماعة الفقهاء في وجوب لزوم جماعة المسلمين وترك الخروج على أئمة الجور لأنه وصف الطائفة الأخيرة بانهم دعاة على أبواب جهنم ولم يقل فيهم تعرف وتنكر كما قال في الأولين وهم لا يكونون كذلك الا وهم على غير حق وأمر مع ذلك بلزوم الجماعة

... Ibnu Baththal berkata, “Di dalamnya terdapat dalil bagi para fuqaha’ (ahli fiqh) tentang kewajiban berkumpul bersama-sama dengan jama’ah umat Islam dan tidak melakukan pembangkangan (penentangan) kepada para pemimpin yang zalim, kerana beliau menggambarkan kelompok yang terpisah daripada pemimpin sebagai “para penyeru di pintu-pintu jahannam,” dan mereka tidak dinyatakan oleh beliau “engkau kenal dan engkau ingkari,” sebagaimana beliau sabdakan berkaitan dengan kelompok pertama. Mereka tidak berada dalam keadaan seperti itu melainkan mereka di atas kebatilan. Walaupun begitu, kita tetap diperintahkan supaya bersama-sama dengan jamaah (pemimpin yang memimpin).” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/36-37)

Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan hal yang sama sebagaimana berikut:

وفي حديث حذيفة هذا لزوم جماعة المسلمين وإمامهم ووجوب طاعته وإن فسق وعمل المعاصي من أخذ الأموال وغير ذلك فتجب طاعته في غير معصية وفيه معجزات لرسول الله صلى الله عليه و سلم وهي هذه الأمور التي أخبر بها وقد وقعت كلها

“Dalam hadis riwayat Hudzaifah ini terdapat pelajaran berharga, iaitu perintah untuk sentiasa bersama-sama jama’ah umat Islam dan pemimpin mereka serta kewajiban mentaati mereka walaupun mereka itu fasiq dan melakukan banyak perkara maksiat seperti merampas harta dan seumpamanya. Maka wajib mentaati mereka dalam perkara selain maksiat. Hadis ini juga adalah merupakan mukjizat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di mana semua perkara yang beliau khabarkan telah pun terjadi.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/238)

Untuk fakta lebih banyak sila klick di sini

Rabu, 1 Januari 2014

VIDEO AKSI GANAS PERUSUH JANTAN DAN BETINA MEREMPUH HADANGAN POLIS DAN DBKL SEMALAM !!!

Video dibawah berkisar tentang perusuh Melayu jantan dan Betina Pakatan yg cuba menimbulkan suasana tegang di Dataran Merdeka semalam merempuh hadangan Polis dan DBKL untuk masuk ke padang .

Persoalan yang admin nak tegaskan mengapa melayu pakatan ini sanggup diperbodohkan oleh golongan cina dap yang rata rata duduk dirumah serta panggung2 menyaksikan melayu pakatan ni menjadi anjing mereka. 

PESERTA DEMONTRASI TURUN BERTINDAK LIAR HINGGA MERABA BEBERAPA WANITA ?.

Saya berasa kesal dengan tindakan liar perusuh himpunan di dataran ambil alih pentas dan meraba beberapa orang wanita,” katanya dalam laman tersebut.-najwa latif
Hasil dari siasatan dan carian akhirnya persoalan ini terjawab dengan laporan sahabat Bloger MYKMU.NET menjelaskan akaun, Twitter tersebut dipalsukan melalui teknik photoshop. Pihak mykmu terut berkata mereka berasa kesal dengan kejadian ini ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit terutamanya Najwa Latiff dan peserta demontrasi Baca disini

Berikutan kejadian rusuhan malam tadi maka ada sesetengah pihak nampaknya sengaja cuba memburuk burukan nama penyanyi tersebut....kesian makwe den tu haaahaaaaaa.
gambar rusuhan yg terjadi malam tadi yg memaksa upacara sambutan di batalkan -cuba tengok dlm gambar ni ada tak wanita haaahaa puas balak dia pegang bergesel sana sini yg pasti kaki raba dh bersedia menjalankan tugas,walaupun tweet najwa tu palsu tapi realiti apa yg dilakukan peserta demo kita mana tahu kan kan kan sahabat pm semua.
Kejadian berlaku hanya kira-kira 30 minit sebelum acara kemuncak sambutan tersebut sehingga memaksa pihak penganjur melalui pengacara majlis mengumumkan majlis terpaksa dibatalkan termasuk konsert dan pertunjukan bunga api.
Ketika itu, Orkestra DBKL sedang mengadakan persembahan apabila tiba-tiba perusuh berbaju hitam menyerbu pentas utama.
Beberapa kenamaan termasuk Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dilihat telah meninggalkan tempat duduk masing-masing.
Penyanyi Najwa Latiff yang dijadualkan memberi persembahan melalui akaun Twitternya menyatakan rasa kesal apabila ada peserta perhimpunan menyerbu pentas utama.

Selasa, 31 Disember 2013

#GULING2014 PESERTA DEMO TAK MELEPASKAN PELUANG BERHIBUR BERSAMA AMY SEARCH,JAY JAY,ZAINAL ABIDIN DAN NAJWA LATIF

Sehingga jam 11 malam, kelibat mana-mana pemimpin masih belum kelihatan dan para pendemo sedang berpeleseran serta ada yang berhibur sambil makan kacang sambil menonton Konsert di  pentas utama 



Sedang berlangsung Konsert 'KL New Year Countdown 2014' anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Antara artis yang  membuat persembahan pada konsert tersebut adalah Amy Search, Jay Jay, Zainal Abidin dan Najwa Latif.

TERKINI #GULING2014 Polis temui parang, pisau

PARANG panjang dan pisau rambo dipercayai ada kaitan dengan cubaan menggulingkan kerajaan, ditemui berhampiran Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur malam ini.
Ribuan peserta demonstrasi Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) sudah mula berarak dan berkumpul di Dataran Merdeka, di sini.
Pihak polis dilihat mewujudkan jurang untuk memisahkan kumpulan berkenaan dengan orang ramai yang hadir menyaksikan konsert Ambang Tahun Baru yang diadakan di kawasan berkenaan.
Polis juga mengawasi keadadaan dengan menggunakan helikopter yang sentiasa berlegar di udara.
Jam 10 malam tadi, para peserta demo  yang berkumpul di Sogo mula bergerak beramai-ramai ke Dataran Merdeka mulai jam 10 malam menjelang jam 10.30 malam di mana mereka berjanji akan mula bergabung di Dataran Merdeka.
Sebahagian dari peserta demo ini mula memenuhi kawasan perkarangan Dataran Merdeka sejurus selepas azan Isyak.
Sementara itu, portal Utusan Online memetik kenyataan polis mengenai penemuan empat parang panjang dan tiga pisau rambo dipercayai ada kaitan dengan rancangan pihak tertentu mengadakan perhimpunan menggulingkan kerajaan di ibu negara malam ini .
Difahamkan, senjata tersebut ditemui oleh pihak polis di laluan pejalan kaki di belakang Kompleks Daya Bumi, Jalan Sultan Hishamuddin.

Untitled
6ee7cb93-efc2-4300-8f38-9e9433ec6b63_400269f804e-0698-431b-ba80-e808078e1db0_400c58fc8d7-a48a-4aad-9044-0da0a5fdb944_400dcdceccd-4c07-47c5-a607-9a2264c9b3db_400f49a4f60-56f7-4107-a17d-92637f732854_400

‪#‎GULING2014 -Gambar Gambar serta Keadaan semasa di Dataran Merdeka Sempena Sambutan tahun Baru 2014


Laporan terkini live dari dataran di mana situasi masih aman sekitar jam 9 mlm tadi kelihatan Peserta himpunan yang kebanyakannya berpakaian serba hitam, dilihat sedang berkumpul pada jarak 300 meter daripada Dataran Merdeka sebelum bergerak ke tapak himpunan Ambang Tahun Baru 2014.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad yang sentiasa memantau situasi disana menjelaskan, setakat ini anggota polis yang bertugas di Dataran Merdeka mencukupi untuk menghadapi kemungkinan berlakunya provokasi.
“Kita dah periksa daripada semalam lagi, masih tiada apa, sekarang pun masih aman, kita harap tak ada benda-benda tu semua,” kata Zainuddin.
Mengikut pemerhatian, setakat jam 9 malam, Dataran Merdeka yang menjadi tempat berkumpul bagi sambutan tahun baru 2014 masih dalam keadaan aman.
Apa yang nak disampaikan kepada sahabat sahabat PM dijangkakan ada kemungkinan besar situasi mungkin di dalam stabil dan aman akan tetapi kehadiran mereka ini sebenarnya ibarat sambil menyelam minum air kerana kehadiran mereka ini tak ubah seperti orang lain iaitu untuk berhibur juga seperti yang di jelaskan oleh Pengerusi gerakan TURUN kos sara hidup mereka juga datang untuk meraikan tahun baru.
Dengan ada nya upacara ini dapatlah kita rumuskan bahawa dengan ada nya pesta ini dapatlah si anak gadis pas sama sama jantan betina berpeleseran beramai ramai disana tanpa larangan dari ibu bapa mereka
Semalam, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) memberi jaminan perhimpunan yang bakal diadakan malam ini akan berlangsung dengan aman.
Pengerusinya, Muhamad Azan Safar berkata, himpunan yang berkonsepkan duduk dan bantah ini bertujuan untuk rakyat memberi mesej jelas berhubung isu protes kos sara hidup yang semakin tinggi.
Menurut Azan, waktu berkumpul adalah pada jam 9 malam dan peserta dijangka bersurai secara aman setelah meraikan tahun baru 2014.
Orang ramai, termasuk peserta himpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup mula membanjiri lokasi sambutan di ambang tahun baharu seperti Dataran Merdeka, Sogo dan Jalan Masjid India di sini.

Di Dataran Merdeka, polis menutup laluan dengan penghadang besi bagi menghalang kenderaan ke kawasan Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di depan Dataran Merdeka dan bilangan anggota polis yang berkawal juga bertambah.
    
9.30 malam: Perarakan peserta himpunan terhenti di kawasan Dataran Merdeka.

9.25 malam: Kelihatan peserta Turun, sedang berarak masuk ke Dataran Merdeka.

9.15 malam: Peserta himpunan mula berarak dari Sogo dengan memegang pelbagai sepanduk. Mereka melaungkan Turun dan Hidup Rakyat.

8.50 malam: Semakin ramai pengunjung membanjiri sekitar Dataran Merdeka dan kelihatan beberapa kumpulan kecil peserta himpunan yang memakai T-shirt Turun.

8:41 malam: Kelihatan sekeluarga yang memakai T-Shirt yang tertera tulisan Turun, tiba di Dataran Merdeka. Kini orang ramai mula memenuhi ruang Dataran Merdeka.

7.45 malam: kelihatan segelintir peserta memakai topeng dan ada juga yang melaungkan 'Allahuakbar'.

7.35 malam: Hampir 200 peserta berkumpul disekitar kawasan kompleks beli-belah Sogo. Segelintir peserta himpunan bersolat berjemaah di hadapan Sogo.

7 malam: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  mula membanjiri sekitar kawasan Dataran Merdeka.

6.30 petang: Pihak polis telah melakukan penutupan jalan  di Dataran Merdeka.

5.30 petang: Kelihatan dua unit udara PDRM dan juga helikopter Nuri  memantau di persekitaran Kuala Lumpur dan juga  Dataran Merdeka



Gambar sekitar Himpunan Guling Kerajaan 31 Disember 2013 - Dianggap sebagai percubaan terakhir pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan setelah kegagalan mereka memenangi Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.