PARANG panjang dan pisau rambo dipercayai ada kaitan dengan cubaan menggulingkan kerajaan, ditemui berhampiran Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur malam ini. |
Pihak polis dilihat mewujudkan jurang untuk memisahkan kumpulan berkenaan dengan orang ramai yang hadir menyaksikan konsert Ambang Tahun Baru yang diadakan di kawasan berkenaan.
Polis juga mengawasi keadadaan dengan menggunakan helikopter yang sentiasa berlegar di udara.
Jam 10 malam tadi, para peserta demo yang berkumpul di Sogo mula bergerak beramai-ramai ke Dataran Merdeka mulai jam 10 malam menjelang jam 10.30 malam di mana mereka berjanji akan mula bergabung di Dataran Merdeka.
Sebahagian dari peserta demo ini mula memenuhi kawasan perkarangan Dataran Merdeka sejurus selepas azan Isyak.
Sementara itu, portal Utusan Online memetik kenyataan polis mengenai penemuan empat parang panjang dan tiga pisau rambo dipercayai ada kaitan dengan rancangan pihak tertentu mengadakan perhimpunan menggulingkan kerajaan di ibu negara malam ini .
Difahamkan, senjata tersebut ditemui oleh pihak polis di laluan pejalan kaki di belakang Kompleks Daya Bumi, Jalan Sultan Hishamuddin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan