Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 4 Jun 2014

Isu Cadbury: Jangan main-main soal akidah

KUALA LUMPUR- Berang dengan keputusan tidak selaras antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan (KKM), berkaitan isu DNA babi yang terdapat dalam dua coklat Cadbury, beberapa NGO telah membuat laporan polis.

Menurut Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat secara menyeluruh Jakim dan KKM berkaitan percanggahan kenyataan tersebut.

"Kita buat laporan kerana kedua-dua kenyataan badan tersebut telah mengelirukan pengguna, sekejap halal, sekejap haram mana satu yang betul ni?

"Bagi saya ini soal akidah dan agama ianya tidak boleh dipermainkan," katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah pula, mendesak agar KKM menjelaskan bagaimana isu pencemaran DNA babi tersebut boleh berlaku bagi meredakan kegusaran orang ramai.

"Kita desak supaya KKM jelaskan isu pencemaran itu.

"Mereka juga perlu bekerjasama untuk mengkaji bagaimana pencemaran berlaku jika ada pencemaran bagaimana pencemaran itu berlaku kerana sehingga sekarang umat Islam sudah hilang keyakinan terhadap KKM termasuk juga Jakim," katanya.

Terdahulu, isu DNA babi yang terdapat dalam dua coklat Cadbury ini timbul berikutan kenyataan daripada KKM yang mengesahkan bahawa terdapat DNA babi iaitu daripada jenis Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813M01H12) dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam (nombor kelompok 221013N01RI1).

Namun, perkembangan terbaru daripada Jakim mengesahkan bahawa kedua-dua coklat tersebut halal berdasarkan kajian Jabatan Kimia yang dibuat agensi itu.

Tiada ulasan: