Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 14 September 2012

ADIK 14THN BUNTINGKAN KAKAK SENDIRI


Seorang remaja berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret terhadap satu pertuduhan yang saya rasa amat berat  kerana melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya sendiri pada November tahun lepas.diharap perkara ini harus diambil serius oleh masyarakat kita hari ini agar perkara buruk ini tidak berlaku pada kita khas nya Umat islam jangan asyik sebuk berpolitik sahaja hinggakan lupa tanggung jawab kita untuk membendung gejala yang amat tidak bermoral ini
Kertas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya dan tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh dicatatkan.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukannya terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai Jerantut  pada 12 tengah malam, pada November 2011.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.
Remaja itu dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan.
Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu.
Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Insp Arifin Saidun manakala tertuduh diwakili peguam Ibrahim Kamaruddin.
Kes sumbang mahram itu terbongkar apabila mangsa melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kajang, Selangor pada 12 Ogos lepas dan laporan kes itu dibuat seorang jururawat hospital itu pada 22 Ogos lalu.

Tiada ulasan: