Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 8 Mei 2014

Tiada keputusan kabinet mansuhkan ruang kaum dalam borang rasmi – PM

TAIPING: Kabinet tiada membuat keputusan untuk memansuhkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, tiada perubahan dasar kerajaan berhubung borang itu.
“Kami ada bincang perkara ini tetapi keputusannya adalah mengekalkan amalan dan dasar sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Umno Taiping di sini Khamis.
Najib mengulas laporan akhbar pada Khamis yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun sebagai berkata, jemaah menteri telah memutuskan untuk menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah.
Perdana Menteri berkata, beliau dimaklumkan Entulu akan membuat kenyataan memohon maaf atas kesilapan kenyataan pada Rabu.
“Dari segi perangkaan, kita perlu kepada perkara ini (ruangan kaum). Kalau tidak, kita tidak ada perangkaan (kaum),” katanya.
Najib menjelaskan bahawa perangkaan kaum itu perlu bagi memudahkan kerajaan memantau kemajuan setiap kaum di negara ini.
“Kalau ada mana-mana kaum yang ketinggalan, itu adalah tanggungjawab kerajaan untuk lakukan apa-apa yang patut supaya kekayaan dan peluang dalam negara kita lebih seimbang,” katanya

Tiada ulasan: