Sudah bertahun tahun PAS Selangor baru nak berkata akan menyiasat dakwaan terdapat ahli PAS yang memegang Jawatankuasa Penduduk (JKP) terlibat dalam menjalankan aktiviti penipuan dengan mengenakan kutipan sewa tapak kepada para peniaga pasar pagi dan malam di negeri itu sejak beberapa tahun lalu.
Bendahari PAS Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, tindakan bakal dikenakan terhadap individu tersebut jika hasil siasatan mengesahkan tuduhan tersebut.
“Kita akan kaji perkara ini sama ada benar atau tidak. Jika benar maka tindakan akan diambil,” kata Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor dalam laporan portal Selangorku.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, pula menjelaskan, setakat ini pihaknya tidak mendapat sebarang laporan dari mana-mana pihak mengenai penglibatan ahli PAS dalam kegiatan tersebut.
“Kita akan menyiasat terlebih dahulu sejauh mana dakwaan berhubung perkara itu. Adakah kutipan itu dilakukan atas arahan PBT atau pihak lain.Jika tiada angin masakan pokok bergoyang jadi siasat jangan tak siasat rakyat menilai apa sumbangan pakatan pada golongan bawahan jika kebajikan mereka di abaikan maka tunggu sahaja keputusan PRU14 nanti almaklum lah banyak isu gagal pakatan bendung terutama melibatkan Agama seperti Kalimah,air dan sebagainya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan