Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 14 Mei 2014

TERKINI GAMBAR GAMBAR KEMALANGAN ANWAR IBRAHIM DI DEDAH


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas pada jam 10 malam tadi.

Menurut Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan, Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu.

Beliau bagaimanapun berada dalam keadaan selamat dan tidak memerlukan pembedahan.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga berada dalam keadaan selamat.

Kedua-dua Anwar dan Dr Wan Azizah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pemeriksaan.

Perkara tersebut Turut di sahkan oleh pengarah komunikasi KEADILAN di mana sumber yang admin pm dapat untuk mengesahkan kejadian malang yang menimpa beliau

Assalamualaikum dan salam hormat,
Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas jam 10 malam tadi.
DS Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. DS Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor.

Kedua-dua DS Anwar dan DS Dr Wan Azizah akan pulang ke rumah malam ini.
Sekian terima kasih.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Tiada ulasan: