Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 9 Mei 2014

Tabung Haji peruntuk RM130 juta untuk subsidi jemaah haji tahun ini

TERUSKAN LAH USAHA MEMPERTAHAN ISLAM/Serta umatnya,jangan sesekali meniru perjuangan dap yang sering cuba menghilangkan hak hak orang melayu serta keistimewaan yang kita ada,bila mereka ingin menghapuskannya kita pertahankan tapi mereka pula buat buat seakan kononnya di tindas walhal kita tidak meninggalkan hak hak mereka juga
Peruntukkan RM130 juta Lembaga Tabung Haji (TH) untuk menampung subsidi jemaah haji tahun ini bagi memastikan bayaran menunaikan haji kekal pada RM9,980 seorang amat pm hargai semoga usaha usaha melibatkan kepentingan Agama dapat diteruskan bagi menjamin kemudahan untuk Rakyat menunaikan Ibadah tersebut.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Paduka Ismee Ismail berkata,

  • Peningkatan sebanyak RM10 juta berbanding tahun lepas itu adalah disebabkan peningkatan kos di Arab Saudi, termasuk kos penginapan. 
  • Tahun ini sebab kita kekalkan bayaran haji pada jemaah-jemaah haji Muassasah sebanyak RM9,980. Jadi kerana peningkatan kos terutamanya kos penginapan di Mekah, subsidi haji turut bertambah," katanya kepada pemberita selepas majlis pengiktirafan The Malaysia Book of Records di sini, hari ini. 
  • TH menerima pengiktirafan itu apabila kelab TaHa yang disasarkan kepada penabung muda berumur daripada tujuh hingga 17 tahun mencipta rekod selaku kelab yang mempunyai jumlah keahlian pelajar sekolah paling ramai dengan 1.12 juta orang ahli. 
  • Subsidi yang ditanggung TH tahun ini ialah RM6,175 setiap jemaah berbanding RM5,575 seorang tahun lepas, dan ini hanya untuk jemaah Muassasah yang pertama kali menunaikan ibadah haji. 
  • Buat masa ini kuota jemaah haji Malaysia kekal pada 22,320 orang selepas kerajaan Arab Saudi memutuskan pengurangan 20 peratus daripada kuota asal ekoran kerja-kerja pembesaran kawasan di sekitar Masjidil Haram, di Mekah sejak tahun lepas.
TERUSKAN LAH USAHA MEMPERTAHAN ISLAM/Serta umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).
Catat Ulasan