Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 9 Mei 2014

Datuk Joseph Entulu Belaun memohon Maaf

PM nafi Kabinet buat keputusan gugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun yang mana semalam memohon maaf atas kekeliruan yang timbul berikutan laporan mengenai pengguguran ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tidak memberi nilai tambah. 


Beliau sebelum ini di kritik keras k sehinggakan membuatkan kita merasa marah terhadap beliau dan ada sahabat bloger dan rakan rakan Umno yang menggelarkannya Menteri Cap Ayam oleh kerana sengaja menimbulkan isu ini

Beliau akhirnya memohon maaf hari ini dalam kenyataanya yang turut berkata, perkara itu ada dibincangkan dalam Kabinet, namun tiada sebarang keputusan dibuat.
 



Katanya, laporan akhbar yang menyiarkan berita berkenaan tidak mencerminkan kenyataan sebenar yang dibuat olehnya kelmarin dan menimbulkan keresahan dalam masyarakat.

Dalam sidang media di Putrajaya semalam, Entulu dilaporkan berkata Kabinet memutuskan untuk menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah.
   
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas laporan itu di Taiping, Perak hari ini menjelaskan Kabinet tiada membuat keputusan untuk memansuhkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.
   
Perdana Menteri juga dilaporkan berkata tiada perubahan dasar kerajaan berhubung borang itu.
Kita amat berharap agar pihak menteri dapat berhati hati dlam mengeluarkan kenyataan kerana sedikit kekeliruan pastinya akan menjadi bahan memesongkan Fakta oleh bloger mahupun Faceboker pembangkang yang tidak henti henti cuba memburukkan kerajaan,admin pm benar benar berharap agar perkara sebegini tidak berulang lagi di kemudian hari

Tiada ulasan: