Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 17 Mei 2014

SOKONG LANGKAH DATUK SERI NAJIB SAMAN PORTAL MALAYSIAKINI - DATUK SERI SHAFIE APDAL

KUALA LUMPUR 17 Mei - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyokong dengan tindakan yang bakal diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan menyaman portal pro pembangkang Malaysiakini.

Shafie berkata satu tindakan undang-undang diambil berikutan aktikel-artikel yang disiarkan portal tersebut yang berunsurkan pembohongan.

"Kita amat bersetuju dengan langkah yang harus diambil diatas isu tersebut dikatakan oleh Malaysiakini terhadap penerbitan daripada segi maklumat dengan mengatakan bahawa terlibatnya unsur-unsur kewangan dimana ahli-ahli yang berhormat Terengganu kami membeli mereka.

"Kalau tidak silap saya itu adalah merupakan isi kandungan dimana undang-undang bakal diambil terhadap MalaysiaKini dan kita pasti bahawa mereka meletakkan perkara tersebut sebagai tajuk utama di portal mereka. Ini adalah satu pembohongan yang tidak berasas," katanya kepada pemberita menerusi sidang media secara maya di Ibu Pejabat Utusan Melayu di sini  hari ini.

Tambah beliau, sesebuah media tidak boleh menyebarkan sebarang berita berbentuk perbohongan sehingga dapat mempengaruhi pemikiran masyarakat.

"Sebenarnya yang penting kepada kita, tidak bererti kepada portal itu mempunyai kebebasan untuk membuat pembohongan sehingga boleh membentuk pemikiran masyarakat. Sekiranya terdapat perkara yang tidak benar dan disebar malah diguna pakai, mereka perlu bertanggungjawab.

"Contohnya berita akhbar utama dinegara kita meletakkan sesuatu berita sebagai tajuk utama di muka surat pertama kalau tiada kebenaran sudah pasti ada pihak yang akan mengambil tindakan undang-undang. Walaupun terdapat kebebasan untuk menyebarkan maklumat ianya tidak harus berlandaskan dengan pembohongan atau ciptaan bukan fakta," katanya.

Shafie menegaskan tidakan susulan bakal dilakukan selepas keputusan dan ketetapan yang diputuskan oleh pihak mahkamah.

"Kita tidak boleh buat apa-apa andaian terhadap perkara ini dengan tindakan diambil, hukuman dilakukan dan berbagai lagi kerana ini kita serahkan selepas ketetapan yang bakal dilakukan oleh pihak mahkamah nanti, Selepas itu, baru kita lihat tindakan susulan undang-undang," ujarnya. 
Catat Ulasan