Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 7 Mei 2014

RAKAMAN CCTV BUKTIKAN PEMAIN JDT CURI DUIT RAKAN SEPASUKAN

JOHOR BAHRU: JDT mengambil keputusan drastik menyingkirkan salah seorang pemainnya kerana didakwa mencuri wang tunai sebanyak RM500 milik rakan sepasukan.

Penyingkiran pemain berusia 20 tahun itu disahkan Presiden Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
(gambar hiasan)

Menurut Tunku Ismail, kes berkenaan kini diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Tunku Ismail yang kesal dengan kejadian tidak pasti mengapa pemain terbabit tergamak melakukan perkara tersebut sedangkan PBNJ tidak pernah gagal membayar gaji pemain.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini pada Selasa.

Kejadian dikatakan berlaku 1 April lalu di bilik persalinan Pusat Latihan Padang Seri Gelam, Johor Bahru.
Mangsa menyedari kehilangan wang tunai selepas sesi latihan.

Rakaman kamera litar tertutup berjaya merakam perbuatan pemain terbabit dan satu laporan polis dibuat di petang Selasa.-astroawan

Tiada ulasan: