Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 7 Mei 2014

Man United hidupkan peluang aksi Eropah

MANCHESTER UNITED ANTARA PASUKAN YANG ADMIN PM MINATI DN SEHINGGA KINI MASIH MENARUH KEPERCAYAAN BAHAWA MUSIM HADAPAN BAKAL MENJADI MUSIM KEGEMILANGANNYA
MANCHESTER: Manchester United berjaya menggilap bintang baharu untuk masa depan dan mungkin kesempatan terakhir ketika menundukkan Hull 3-1 untuk menghidupkan peluang beraksi pada kejohanan di Eropah musim depan. 

Penyerang muda berusia 18 tahun, James Wilson membuat kemunculan sulung dalam skuad senior dengan mempamerkan permainan bertenaga bagi membantu tuan rumah mencatat kemenangan pada perlawanan terakhir di tempat sendiri dalam Liga Perdana Inggeris. Ryan Giggs pula muncul di padang untuk kali ke-963 dan kemungkinan yang akhir bersama United ketika babak kedua dan mencipta peluang kepada pemain gantian, Robin van Persie untuk gol ketiga pada minit ke-86. 


Giggs yang berperanan sebagai pengurus sementara untuk perlawanan ketiga selepas kelab itu memecat David Moyes bulan lalu belum memutuskan sama ada mahu meneruskan kerjayanya buat tahun ke-24 musim depan. - AP 
Catat Ulasan