Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 6 Mei 2014

Polis akan dedah foto Jelmaan KERA,Iaitu peserta Himpunan Anti-GST serang petugas media


KUALA LUMPUR: Polis akan mendedahkan foto individu pesertaHimpunan Anti-Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)pada 1 Mei lalu yang dipercayai telah memukul beberapa petugas media yang sedang bertugas semasa hari tersebut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata polis ada menerima beberapa laporan yang dibuat oleh mangsa yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan jurukamera di Balai Polis Dang Wangi pada hari kejadian.
“Berlaku sedikit pertelingkahan yang berlaku semasa hari tersebut diantara petugas media portal berita dengan peserta himpunan tersebut dan ada laporan polis dibuat selepas itu,” kata Mohmad kepada pemberita dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Tugas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baru.
Tambahnya lagi, kertas siasatan telah pun dibuka dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh.
“Kita masih meneliti rakaman-rakaman video dan foto yang ada bersama kami dan mungkin dalam masa terdekat ini, kita akan memaparkan beberapa gambar individu-individu yang boleh membantu dalam siasatan dimana kami akan maklumkan kepada media kemudian nanti,” ujarnya.
Beliau turut menggesa petugas media yang mempunyai rakaman-rakaman video yang boleh membantu siasatan terhadap individu-individu yang disyaki terlibat dalam pertelingkahan itu boleh berhubung dengan pihak polis Kuala Lumpur.
Pada 1 Mei lalu, sekumpulan peserta himpunan Anti-GST yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Rejimen Anarki’ dan ‘Antifa’ telah menyerang beberapa petugas media yang sedang membuat liputan semasa himpunan tersebut.
Petugas media yang ketika itu membuat liputan dihadapan bangunan Sultan Abdul Samad berhampiran Dataran Merdeka telah ditendang dan dipukul oleh peserta himpunan tersebut sehingga ada beberapa petugas media mengalami kecederaan sedikit dan beberapa kamera milik mereka juga rosak.
Catat Ulasan