Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 19 November 2013

UMNO BUAT KERJA KHLED TURUUU AMBIK NAMA ...TAK MALU..

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mendabik dada dengan kejayaannya membawa masuk pelabur dan jumlah pelaburan yang tinggi sejak mengambil alih negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram negeri, Ean Yong Hian Wah gagal menyatakan usaha dilakukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) itu dalam menarik pelabur kerana faktor yang dinyatakan itu adalah dari zaman kerajaan BN sebelum ini.
Beliau yang terperangkap dengan soalan tambahan daripada Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) yang bertanya kenapa nilai pelaburan di Selangor tahun ini merudum teruk berbanding tahun lalu cuba mendapatkan bantuan Speaker DUN Hannah Yeoh supaya tidak dapat menjawabnya.
Mat Nadzari ketika bangun mengemukakan soalan tambahan berkata, apakah faktor galakan, selain daripada apa yang disebut Ahli Exco tadi adakah benar-benar menggalakkan pelaburan masuk kerana didapati sehingga Ogos lalu sebanyak RM2.88 bilion nilai pelaburan masuk sedangkan anggaran kerajaan negeri pada akhir tahun 2012 ialah RM11.7 bilion.
“Jumlah ini sudah lari banyak (jatuh teruk). Saya nak tahu apakah faktor-faktor yang disebutkan itu tadi sudah mencukupi atau kerajaan negeri sebenarnya gagal menarik pelaburan untuk datang ke Selangor,” katanya.
Hian Wah yang keliru dengan soalan tambahan itu bangun memberitahu Speakar bahawa beliau tidak pastikan apakah soalan tambahan itu menepati dengan soalan pokok yang dikemukakan Dr. Abdul Rani Osman (Pas-Meru).
“Tuan Speaker, saya tak apasti apa yang ditanya oleh Batang Kali. Tetapi ini (soalan tambahan) sudah lari dari pokok soalan yang disediakan. Kalau ada soalan lain sila tanya pada sesi seterusnya,” katanya.
Mat Nadzari yang tidak berpuas hati meminta izin Speaker DUN untuk menjelaskan soalan tambahannya secara lebih terperinci.
“Soalannya puan Speaker yang saya sebut di sini, ialah apakah faktor-faktor yang menggalakkan pelabur masuk ke Selangor yang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Bila faktor-faktor yang YB Ean sebut itu tadi dan merujuk kepada angka-angka pencapaian negeri Selangor dalam membawa masuk pelaburan, telah jatuh ataupun lari dari sasaran.
“Kalau dahulu (tahun 2012) bernilai RM11 bilion, tapi sehingga akhir Ogos lalu, jumlahnya hanya RM2 bilion, sudah lari banyak…jadi apakah faktor-faktor yang disebut itu efektif atau tidak,” katanya.
Namun, belum pun Ean bangun menjawab, Speaker DUN menyampuk dan mengarahkan Hian Wah menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’ kepada soalan tambahan itu.
Ean kemudian menjawab ‘tidak’.
Terdahulu Ean menjawab soalan Rani dengan membaca teks mengenai faktor utama menyebabkan Selangor dipilih destinasi oleh pelabur tempatan dan asing dengan adanya polisi dan kestabilan politik serta dasar kerajaan negeri yang mesra pelabur.
Katanya, faktor lain ialah kedudukan negeri itu yang strategik dan berdekatan dengan pintu masuk utama negara serta kemudahan asas yang lengkap.

Tiada ulasan: