Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 16 Mei 2014

Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia dakwa air lombong akan mendatangkan kesan kronik

Adakah air lombong selamat digunakan walupun menerima banyak aduan daripada kumpulan profesional kesihatan yang tidak yakin dengan jaminan itu malah terdapat kebimbangan lombong terbiar itu tahun demi tahun menjadi tempat mendapan pencemaran dan kandungan toksik termasuk bahan radioaktif dan kebanyakan takungan lombong tidak diurus atau dirawat untuk pemulihan,?persoalan ini wajar admin pm timbulkan pada pihak Kerajaan Negeri Selangor

Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan langkah pelan kontigensi dengan mengepam air daripada lombong terbiar bagi disalurkan air ke loji rawatan ekoran paras air di empangan dan sungai di negeri itu terus kritikal.
Khalid sebelum ini memberi jaminan kaedah itu selamat ekoran lombong itu tidak digunakan untuk jangka masa lama, malah menjelaskan bahawa air dari kawasan berkenaan mungkin lebih bersih berbanding air sungai.

Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia (Ehom) menggesa Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) dan kerajaan negeri segera mengambil langkah sesuai demi kepentingan orang ramai berhubung penggunaan air lombong.
Presiden Ehom,  Abd Rahim Muda berkata, pihaknya memandang serius isu berkaitan penggunaan air yang mengandungi kandungan logam berat sebagai air minuman yang dibangkitkan Menteri Kesihatan, Datuk S Subramaniam.
Menurutnya, Ehom merupakan persatuan profesional yang prihatin mengenai impak persekitaran terhadap kesihatan manusia.
“Ehom ingin menegaskan bahawa air minuman yang mengandungi logam berat seperti plumbum, arsenik, radon, kadmium, merkuri dan lain-lain akan mendatangkan kesan kronik yang akan dirasai atau dialami dalam jangka masa panjang.
“Pencemaran logam arsenik yang terdapat secara semula jadi di lombong-lombong tinggal sering dikaitkan dengan penyakit kanser pundi kencing, paru-paru, kulit dan buah pinggang atau prostat kepada lelaki,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, semalam.
Abd Rahim memaklumkan, di Amerika Syarikat sejak 2006 tahap arsenik telah dipantau dan paras yang dibenarkan hanya 0.010 bahagian per bilion (ppb) sahaja dalam bekalan air minuman awam.
“Piawaian ini untuk memastikan orang awam dilindungi daripada kesan kronik dalam jangka panjang.
“Pihak berkuasa harus bertanggung jawab dengan memaklumkan kepada orang awam mengenai kandungan logam berat dalam air minuman dari semasa ke semasa seperti yang ditetapkan di bawah piawaian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.sumber SH


Kelemahan kerajaan Pimpinan MB Selangor banyak membuatkan Rakyat sengsara passtikan sahabat pm berfikir selepas ini untuk mengundi parti yang gagal mengurus perkara asas seperti air dan sikap sambil lewa serta enggan menerima nasihat pakar oleh kerajaan Selangor amat di kesali.

Tiada ulasan: