PETALING JAYA 15 Mei - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang bertanding sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tanjung Karang, Noor Azman Samsuri terlibat dalam kes penipuan apabila meniru tandangan pencadang beliau iaitu Basri Kasnon pada pemilihan parti tersebut 15 Mei lepas.
Hasil tindakan yang kurang bijak tersebut tersebut, Azman diberikan surat tunjuk sebab dan keanggotaannya dalam parti telah digantung serta merta sehingga siasatan selesai.
Manakala seorang lagi ahli parti cabang Hulu Selangor, K. Gunasekaran Kuppan turut digantung keanggotaannya dalam parti selepas bertindak agresif bersama beberapa penyokong dengan merempuh pintu masuk pengundian cabang Hulu Selangor pada pemilihan parti minggu lalu.
Disamping itu, tindakan tersebut turut menyebabkan proses kiraan kertas undi tergendala.
Jelas tindakan tersebut telah melanggar Perkara B.6 Tataetika Pemilihan iaitu 'mana-mana calon atau penyokongnya adalah dilarang daripada mengganggu sebarang proses dan acara Pemilihan Parti'.
K.Gunasekaran juga diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.
Selain daripada Azman dan Gunasekaran, enam lagi ahli PKR digantung keahlian serta-merta sehingga siasatan selesai dijalankan dan akan diberi surat tunjuk sebab diatas kesalahan lain yang dilakukan pada pemilihan parti di cabang masing-masing.
Pemilihan di kedua-dua cabang ini termasuk 12 pemilihan cabang PKR Selangor dibatalkan berikutan pemilihan yang dicemari perkara di luar peraturan pemilihan.
Manakala beberapa cabang lain termasuk dua di Sabah (Tenom, Keningau), dua di Sarawak (Batang Sadong, Kapit), dua di Johor (Pengerang, Tenggara) empat di Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun) dan dua di Pahang (Paya Besar, Jerantut) akan mengadakan pemilihan semula pada 17 Mei ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan