Tan Sri Khalid Ibrahim menang tanpa bertanding dan mengekalkan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor dalam pemilihan parti itu bagi penggal 2014-2017 selepas pencabarnya, S. Manikavasagam dikenakan tindakan tatatertib oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
ADMIN PM/Berang dengan keputusan JPP membatalkan proses pengundian dan pemilihan di Kuala Selangor, calon Ketua Cabang, S.Manikavasagam mengeluarkan kenyataan kononnya seorang lagi calon Ketua Cabang, Khalid Ibrahim telah merasuah ahli-ahli PKR Kuala Selangor sebanyak RM50 seorang bagi memberikan undi kepadanya.
S.Manikavasagam yang lebih dikenali sebagai Mike juga berkata, dia mempunyai bukti salah laku, penyelewengan serta kerjasama antara JPP dengan Khalid Ibrahim bagi membolehkan Menteri Besar Selangor itu menang.
Cerita berkenaan ketidakpuasan hati calon-calon yang bertanding, selain kekecohan akibat pergaduhan antara para petugas dan penyokong dalam PKR, hari ini menjadi buah mulut sehingga kini
Namun, kemenangan itu tidak semestinya beliau boleh menarik nafas lega di Cabangnya sendiri kerana belum pasti ahli memberi sokongan penuh kepadanya jika benar-benar proses pengundian berjalan lancar, tanpa sebarang gangguan.
S. Manikavasam dikenakan hukuman digantung keahliannya bersama tujuh ahli yang lain kerana kesalahan mengkritik Lembaga Disiplin Keadilan, yang tidak berpuas hati atas kegagalan JPP menerima aduannya berhubung perbuatan rasuah oleh Khalid.
Serentak itu, beliau enggan menerima keputusan JPP yang mengisytiharkan Menteri Besar Selangor itu menang percuma sehingga rayuannya selesai.
“Mana boleh umum dia (Khalid) menang percuma sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor. Saya ada membuat rayuan agar tindakan disiplin ke atas saya dipertimbangkan.
“Selagi rayuan saya tidak ditolak oleh JPP, selagi itu Khalid tidak boleh diisyhitarkan menang. Peraturan dan syarat mana yang Lembaga Disiplin Keadilan guna pakai?,” katanya sambil menyifatkan beliau membuat kenyataan media berhubung perbuatan Khalid itu kerana pucuk pimpinan tidak melayan aduan dibuatnya.
Penggantungan keahlian S. Manikavasagam yang lebih dikenali dengan panggilan Mike diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin Keadilan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong selepas mendapati pencabar Ketua Cabang Kuala Selangor itu bersalah atas tuduhan mengkritik JPP menerusi media.
Kewujudan politik wang... difahamkan proses pengundian di sembilan cabang PKR di negeri ini terpaksa dibatalkan ekoran pelbagai dakwaan penipuan dan sabotaj sesama mereka alahai tu lah asik nak menfitnah Umno last last terkena batang hidung sendiri
Sembilan cabang-cabang berkenaan ialah Subang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Langat, Sepang, Klang, Kuala Selangor, Kota Raja dan Selayang.
Salah satu cabang bermasalah itu iaitu di Kuala Selangor membabitkan penyertaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bertanding jawatan ketua cabang berkenaan.
Abdul Khalid yang juga calon bagi jawatan timbalan presiden PKR, berdepan tuduhan mengamalkan politik wang sebagai umpang mendapatkan undi dikawasannya.
Tuduhan berkenaan dibuat pencabarnya untuk jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor, S. Manikavasagam yang bersedia mengemukakan bukti dalam tempoh terdekat malah admin sendiri melihat S Manikavasagam kat TV3 tempoh hari buktikan satu rakaman telefon perbualan mengenai penerimaan duit ahli nya untuk mengundi Abdul Khaled Ibrahim jadi sama sama kita tengok apakah sambungan perebutan kuasa antara sesama mereka selepas ini
Jika keadaan ini lah berlaku sekiranya mereka berjaya memerintah Negara Alamatnya hancuuussss dibuatnya Negara kita jadi renung renungkan lah sahabat pm semua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan