Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 20 Mei 2014

Mahkamah tolak permohonan Chegubard

Siapa yang tak kenal dengan kehebatan chegubard menjadi balaci PKR sehinggakan SManikavasagam yang mendedah rasuah Khaled di gantung Keahlian gara gara membuat pembongkaran secara terbuka tapi Chegubard di lepas kerana jasanya membodohkan diri pada PKR selama ini heeeheeee Adil betul keADILan ni erk jom baca kisah mamat ni dulu
PETALING JAYA - Mahkamah sesyen di sini, semalam, menolak permohonan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin untuk dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan yang dihadapinya iaitu gagal memaklumkan kepada polis berhubung penganjuran satu program perhimpunan, Mei tahun lalu.

Hakim Yasmin Abdul Razak menolak permohonan itu selepas mendengar hujahan pembelaan yang diwakili peguam Eric Paulsen dan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim.

Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan semalam, namun peguam memohon secara lisan agar anak guamnya dilepas tanpa dibebaskan.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Jun ini untuk sebutan semula kes selepas pihak pendakwaan memohon untuk menangguhkan prosiding itu sementara menunggu Mahkamah Persekutuan memutuskan rayuan pendakwaan dalam kes membabitkan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam permohonannya, Eric memohon anak guamnya dilepas tanpa dibebaskan berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 April, yang melepas dan membebaskan Nik Nazmi daripada pertuduhan menganjurkan perhimpunan Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei tahun lalu.

Eric berhujah bahawa Seksyen 9(5) tidak lagi diguna pakai selepas Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa seksyen itu tidak sah dan melanggar perlembagaan.

Eric berkata, mahkamah akan tersalah arah sekiranya menunggu parlimen meminda akta perhimpunan aman kerana Mahkamah Rayuan telah pun memutuskan akta itu tidak mengikut perlembagaan.

“Sekiranya anak guam saya mengaku bersalah sejak dari awal, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh mengikut peruntukan apa? Anak guam saya wajar dilepaskan daripada pertuduhan itu,” katanya.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan membalas, bahawa peruntukan seksyen itu masih boleh diguna pakai sehingga Parlimen membuat keputusan untuk meminda akta berkenaan.

Tiada ulasan: