Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 15 Mei 2014

Kebijaksanaan Sultan Terengganu cermat membuat keputusan

Dengan kedudukan 14 (Pas), 14 (BN), 1 (PKR), dan 3 (Bebas) kelmarin, dari sudut yang sepatutnya, jika mengikut perlembagaan, Pas boleh membentuk kerajaan.
“Tetapi Datuk Ahmad Razif sudah dilantik sebelum itu. Saya yakin Tuanku Sultan begitu berhati-hati dalam tindakan baginda menurut Pensyarah Jabatan Kenegaraan dan Peradaban, Pusat Pendidikan Asas dan Liberal Universiti Malaysia Terengganu, Dr Hamdan Aziz
KUALA TERENGGANU - Kemelut politik Terengganu yang berakhir dengan pengunduran Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar dilihat agak radikal sewaktu BN dan Umno sedang memulihkan kembali populariti dalam kalangan rakyat.

Pensyarah Jabatan Kenegaraan dan Peradaban, Pusat Pendidikan Asas dan Liberal Universiti Malaysia Terengganu, Dr Hamdan Aziz berkata, walaupun agak ‘keras’, namun sebagai ahli parti, Ahmad harus patuh kepada pucuk pimpinan dan parti.

Dalam keadaan begini, katanya, amat sesuai tindakan Ahmad mengatasi kepentingan diri.

“Dalam keadaan begini, wajar akur dengan keputusan pucuk pimpinan, malah dalam mana-mana pertubuhan, organisasi sekalipun, kita harus akur dengan keputusan ketua.

“Tetapi saya melihat keputusan pucuk pimpinan parti;  kalau diteruskan dengan Datuk Seri Ahmad (menjadi MB) pun, rakyat tidak kata apa-apa. Yang bergolak bukan rakyat. Yang bergolak ini soal dalaman parti,” katanya kepada Sinar Harian di pejabatnya, di sini, semalam.

Rakyat Terengganu. katanya, kini mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Saya lihat apabila Datuk Ahmad Razif Abd Rahman jadi menteri besar, orang Seberang Takir sangat suka, tetapi kalau Datuk Seri Ahmad, jadi menteri besar, orang Kijal suka. Kalau Datuk Seri Idris Jusoh, orang Besut pula suka. Itu biasa. Tetapi keseluruhannya, bagi rakyat Terengganu, peralihan pertukaran kuasa ini tidak begitu terasa," katanya.


Sultan Terengganu cermat membuat keputusan

Dr Hamdan berkata, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sangat berhemah dan cermat dalam membuat keputusan sewaktu negeri ini berdepan dengan krisis, terutama sewaktu kemuncak krisis pada 13 Mei lalu.

Katanya, dalam keadaan yang sangat genting kelmarin, sudah pastinya ia telah meletakkan Sultan Mizan dalam keadaan serba salah.

Dengan kedudukan 14 (Pas), 14 (BN), 1 (PKR), dan 3 (Bebas) kelmarin, dari sudut yang sepatutnya, jika mengikut perlembagaan, Pas boleh membentuk kerajaan.
“Tetapi Datuk Ahmad Razif sudah dilantik sebelum itu. Saya yakin Tuanku Sultan begitu berhati-hati dalam tindakan baginda.

“Jika Pas tekan kelmarin dan berkata ‘kami sudah 15 sekarang, mereka hanya 14’ dan pergi berjumpa Tuanku, mungkin akan meletakkan Tuanku dalam keadaan dilema tetapi Sultan Mizan begitu-berhati-hati,” katanya.

Senario yang sama, katanya, telah berlaku di Terengganu pada tahun 1969, yang mana perbezaan hanya dua kerusi melibatkan Umno dan Pas. Namun kemelut itu berakhir selepas peristiwa 13 Mei, yang mana akhirnya Pas telah memasuki kerajaan campuran pada tahun 1972.


Melayu dominan punca kemelut di Terengganu

Menurutnya, punca situasi politik di Terengganu adalah disebabkan orang Melayu masih lagi dominan di Terengganu dan wujud parti seperti Umno dan Pas.

Katanya, kewujudan MCA dan PKR adalah kerana kesepakatan BN atau PR tetapi kalau dominannya adalah dari Umno dan Pas.

“Dalam situasi ini, orang Melayu satu pihak kepada Pas, satu pihak Umno. Berbeza dengan negeri lain, mereka ada satu pihak lagi iaitu India atau Cina. Mereka yang jadi penentu.

“Itu yang berbalik kepada ‘king maker’ dan ‘king breaker’. Tetapi satu pihak ini tiada di Terengganu, jadi, tidak ada parti yang boleh perkukuhkan kedudukan mereka,” katanya.

Dalam konteks Terengganu. katanya, penyokong tegar Umno dan Pas sama kuat.

“Itu sahaja yang membezakan kita sebagaimana yang berlaku di Perak pada 2008 dan negeri lain. Di Perak dulu, kerusi PKR dan DAP menjadi penentu, tapi di Terengganu, penentunya tidak ada. Bila sama berat, sama beratlah dia,” katanya.


MB baru perlu pulihkan sokongan rakyat

Katanya, walaupun suasana politik Terengganu kembali tenang, Ahmad Razif perlu bekerja keras untuk pulihkan sokongan rakyat.

“Saya yakin MB baru ini mempunyai kaedah untuk pulihkan sokongan rakyat.
“Beliau perlu yakinkan rakyat akan kewibawaannya sebagai ketua negeri dan berusaha memulihkan kembali parti sehingga ke peringkat akar umbi,” katanya.

Tiada ulasan: