Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 19 Mei 2014

ABBY ABADI TAK RETI JAGA MARUAH SUAMI ? MASAALAH RUMAH TANGGA SAMPAI NAK CERITA BAB NI DI MEDIA SOSIAL?

ORANG tua tua ada berkata, kalau ada masalah rumahtangga jangan dibawa ke laman sosial — berbeza pula dengan Abby Abadi yang walaupun tidak bercerita penuh di akaun Instagram beliau, namun memberikan bayangan yang rumahtangga beliau ada masalah.
Abby Abadi menerusi Instagram beliau beberaoa hari kebelakangan ini mengirimkan beberapa status meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk beliau dan suaminya walaupun tidak diceritakan apakah sebabnya.

Apabila ditanya oleh para peminat yang ingin mengetahui apakah sebenarnya yang telah terjadi, Abby Abadi bagaimana pun enggan membuka mulut dan terus meminta supaya semua mendoakan yang terbaik.
Dalam salah satu komen beliau, Abby Abadi turut menggunakan kata kata ‘peluang tinggal yang terakhir’ dan ini terus membayangkan yang rumahtangga pasangan ini seakan berada di hujung jalan. Apa cerita sebenarnya?
#02 abby abadi farhan ada masalah  - rotikaya
#03 abby abadi farhan ada masalah  - rotikaya
Abby Abadi bernikah dengan Farhan yang 12 tahun lebih muda pada 9 Julai 2013 yang lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan & pernikahan mereka turut menjadi bualan para peminat. Kami doakan yang terbaik buat Abby Abadi & suami.

Tiada ulasan: