Penceramah dan pendakwah bebas, Muhammad Kazim Elias, menjelaskan hanya golongan yang menolak dan menentang hudud sahaja layak dihukum sebagai kufur.
berbeza sama sekali dengan pendirian disuarakan Perdana Menteri, yang menyatakan kerajaan tidak menolak, namun belum mampu melaksanakannya atas kekangan tertentu.
“Saya setuju kenyataan Perdana Menteri bahawa ada beza antara menolak dan belum melaksanakannya. Bagi saya secara peribadi ada banyak perkara yang perlu diteliti mengenai soal hudud sebelum ia boleh dilaksanakan,” katanya.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Kazim, mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud sebagai hukum ditetapkan Allah, namun mengakui banyak kekangan dan keutamaan perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum ia dapat dilaksanakan.
Perlukan ulama
Najib ketika berucap menutup Ijtimak Pondok Malaysia 2014 dianjurkan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) di sini, semalam berkata, ada perbezaan cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya, kerana wujudnya kekangan dan kesulitan yang pelbagai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan