Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 29 April 2014

DAP ,PKR Bakal tak senang duduk bila Projek Langat 2 Bermula Esok ? Tahniah.

Selepas tertangguh sekian lama, pembinaan Loji Rawatan Air Langat Dua akan bermula esok. Menurut Timbalan Menteri Tenaga,

Perkara berkenaan dimaklumkannya, ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang Di-Pertuan Agong peringkat kementerian pada Persidangan Dewan Negara, semalam.
Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid pembinaan projek yang dimulakan sejurus mendapat surat kebenaran merancang daripada Kerajaan Selangor pada 26 Februari lalu itu,mampu membekalkan air terawat sehingga 1,130 juta liter sehari sehingga tahun 2025.

Projek berkenaan dijangka siap pada 30 April 2017 dan kontraktor yang dilantik telah memasuki tapak pembinaan bagi memulakan kerja.

26 Februari lalu kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan menandatangani perjanjian persefahaman untuk kerajaan Selangor mengeluarkan kebenaran kepada pihak kerajaan persekutuan merancang Loji Rawatan Air Langat Dua di negeri itu.

Sebagai tambahan, kerajaan persekutuan bersedia menyuntik dana untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat konsesi air,dan membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

Tiada ulasan: