TAHNIAH CheguBard -Selama ini Pakatan Pembang sibuk menyelar SPR kini terserlah bala kerana memfitnah badan SPR sudah memakan tuan,baru tau langit tu tinggi rendahnya
Setiap penipuan cubaan serta fitnah pembangkang kononnya SPR LEMBIK,LEMBAB,TIDK ADIL ternyata fitnah semata mata akan tetapi balasan Allah tu pasti jika perbuatan menuduh itu tidak di balas di dunia akan tetapi di akhirat ianya pasti,sekarang hari di mana pekong mereka di aibkan oleh mereka sendiri
PM merasakan selepas ini Raktyat boleh lah eloklah jangan anggap PKR tu bermaksud PARTI KEADILAN RAKYAT sebaliknya panggil PARTI KELENTONG RAKYAT haaahaaa
KUALA LUMPUR – Nampaknya proses pemilihan PKR 2014-2017 mengundang rasa tidak puas hati pimpinan parti itu sendiri.
Sudahlah pengiraan dibuat macam dalam bilik hotel dan ada dakwaan berlaku black out – kini ada dakwaan mengatakan pemeriksa undi sendiri tanda pada kertas pemilihan.
Salah seorang pemimpin PKR yang tidak berpuas hati dengan senario yang berlaku ialah Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard.
Dalam status laman sosialnya, pemimpin muda PKR itu juga mempertikaikan proses pengundian parti itu di Sarawak.
“Lihat saja pola kehadiran pengundian Sarawak – Sibu (58),Konawit (54), Santubong (23), Hulu Rejang (42), Mukah (10), Kota Samarahan (29), Lawas (tiba-tiba mengundi awal sehari) (195) dan Saratok (516) hahaa pelik kan..
“Pengawas pengawas bijaksana tapi bila terbongkar di Batang Sadong pengawas tanda kertas sendiri baru tahu pengundi sikit, kertas undi banyak … ingat ribuan undi muncul di Batu Sapi,”ujarnya.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR, Datuk Johari Abdul menerima aduan berlaku penipuan dalam proses pengundian pada hari pertama dan kedua pemilihan parti.
Sehubungan itu, JPP akan memanggil calon yang juga penyandang jawatan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali untuk mendapatkan keterangannya berhubung aduan ahli di Sarawak, Kelantan dan Pahang yang mendakwa kumpulan penyokong Ahli Parlimen Gombak itu diupah untuk mengganggu proses pengundian.
Menurut Johari, beliau bersama beberapa ahli jawatankuasa JPP akan bertolak ke Sarawak hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk menyiasat jika dakwaan itu benar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan