KAJANG –Tindakan Nga berkempen nampaknya satu kempen yang sangat biadap,ianya di suarakan oleh Calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini mengecam tindakan Ahli Parlimen Taiping Nga Khor Ming yang menghina dirinya sebagai ‘pembantu rumah’ menerusi laman sosial Twitter.
Beliau juga menyifatkan tindakan Nga mengutuknya hanya kerana kad ucapan sempena Hari Wanita Sedunia sebagai satu diskriminasi dan pemimpin DAP itu harus meminta maaf kepada semua wanita di negara ini.
“Saya hanya mengedarkan kad ucapan khas kepada pengundi wanita sekitar Dun Kajang semalam bagi memberi penghormatan kepada mereka sempena Hari Wanita Sedunia dengan menggunakan gambar sebuah seterika antik.
“Penggunaan gambar seterika dalam kad ucapan itu adalah melambangkan kuasa wanita untuk meringankan kesakitan dan perjuangan dalam keluarga seperti menghilangkan kedutan pada kain, bukannya sebagai pembantu rumah seperti yang didakwa beliau,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden MCA di sini, hari ini.
Semalam, Mei Fun yang menyertai program lawatan rumah ke rumah di Sungai Chua, mengedarkan kad ucapan khas tersebut kepada pengundi wanita sempena Hari Wanita Sedunia yang akan disambut Sabtu ini.
Nga yang juga Ketua DAP Perak menerusi laman sosial Twitternya berkata: “MCA candidate ‘Char Bee Hun’ dressed up as a janitor aunty, today she holds an iron. I think she wants to apply for a maid position and forgot the rakyat wants to elect a vocal and capable lawmaker.” (Calon MCA ‘Char Bee Hun’ berpakaian seperti makcik penjaga bangunan, hari ini dia memegang seterika, saya fikir dia mahu memohon kerja sebagai pembantu rumah dan lupa rakyat mahu memilih pengubal undang-undang yang lantang dan berkebolehan).
Kenyataan itu bagi merujuk kepada kad ucapan Mei Fun yang dicetak dalam versi Mandarin dan Bahasa Inggeris dengan slogan berbunyi ‘trusty and reliable Chew Mei Fun’.
PRK Dun Kajang dijadualkan 23 Mac ini dan penamaan calon 11 Mac.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan