Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 27 Mac 2014

Marina Mahathir cari Publisiti murahan apabila Kassim ditahan ?

Aktivis Pro Pembangkang malah salah seorang pejuang badan Comango,Marina Mahathir hari ini melahirkan rasa tidak puas hatinya berikutan penahanan dan pertuduhan terhadap pemikir kontroversi Kassim Ahmad di Mahkamah Tinggi Syariah, Putrajaya, hari ini.

Kassim, 80, semalam ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan berdepan dua pertuduhan, antaranya ekoran pandangannya berkaitan hadis.

"Mereka (JAWI) soal siasat orang tua (Kassim Ahmad) macam ini sampai pukul 4 pagi, macam mana?

“Ini hendak reman satu minggu kononnya, saya rasa tak patutlah," katanya ketika diminta mengulas nasib Kassim itu.

Suaranya bergetar ketika ditemubual, bahkan matanya agak merah, berkemungkinan menahan sebak ke atas penahanan yang dikenakan kepada Kassim pagi tadi.

Marina, anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hadir untuk menjamin Kassim kira-kira jam 11:40 pagi tadi setelah semua teman-teman Kassim tidak layak berbuat jaminan.

Hakim syarie Umammuddin Yunus menetapkan pihak yang mahu mengikat jamin mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan.

Tiada ulasan: